Pengikut

17 February 2012

Apa nak jadi FAM,ada pegawai atur perlawanan.

Posted by Cikgu Din on Friday, February 17, 2012 0 comments

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam ‘panas’ dengan laporan akhbar Straits Times Singapura yang mengaitkan pembabitan segelintir pegawai badan induk bola sepak tanah air itu dengan gejala mengatur perlawanan.

Laporan berita dari negara jiran itu memetik kenyataan terbaru Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton sebagai berkata, skandal itu bukan hanya membabitkan pemain dan jurulatih, malah pegawai FAM sendiri.



Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media yang dihantar semalam menuntut penjelasan lanjut daripada Eaton mengenai kenyataannya itu.



“FAM kesal dengan laporan yang disiarkan akhbar Straits Times Singapura yang membayangkan pegawai persatuan ini terbabit dalam gejala mengatur perlawanan.



“Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton. Sehubungan itu, FAM sudah menghantar surat kepada Chris Eaton meminta beliau menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan itu dan mengemukakan bukti jika mengesyaki pembabitan pegawai FAM dengan gejala ini.” Laporan akhbar itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk terhadap FAM yang kini bertungkus lumus mencari jalan memerangi gejala rasuah bola sepak yang menular berikutan beberapa kes baru-baru ini membabitkan pasukan Liga Malaysia.



Setiausaha Agung FAM, Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: “Eaton tidak sepatutnya membuat dakwaan sedemikian kerana apabila beliau menyebut pegawai FAM, ia merangkumi semua peringkat. Sekarang kami menunggu jawapan balas Eaton.” Menerusi laporan online Straits Times yang bertajuk ‘At least 2 LionsXII matches under graft probe’ (Sekurang-kurangnya dua perlawanan Lions XII disiasat) menyatakan pemain dan pegawai pasukan itu tidak disyaki terbabit namun difahamkan kemenangan LionsXII ke atas Sabah (21 Januari) dan Negeri Sembilan minggu lalu dipantau FAM dan Fifa.


Namun Azzuddin menafikan pasukan tunggal dari Singapura beraksi dalam Liga-M musim ini adalah antara tiga pasukan yang kini disiasat FAM dan pihak berkuasa.



“LionsXII bukan antara tiga pasukan yang disiasat dan pegawai Fifa yang menghadiri mesyuarat khas FAM sebelum ini juga tidak pernah menyebut kes membabitkan pasukan itu,” katanya.


Gejala rasuah kembali menghimpit arena bola sepak tanah air apabila 11 pemain dan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden digantung oleh FAM, minggu lalu.



Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat pula baru-baru ini mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur perlawanan.

Continue...


YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar,pemimpin yang istiqamah.

Posted by Cikgu Din on Friday, February 17, 2012 0 comments

YDP PAS Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar pemimpin yang terus istiqamah.Walaupun sepatutnya beliau yang bertanding pada PRU12 pada tahun 2008, untuk DUN Changkat Jering,tetapi beliau tidak kecewa.Beliau terus menyantuni penduduk Bukit Gantang. Beliau dikenali oleh orang ramai,kerana beliau mempunyai jadual mengajar agama di surau dan masjid di sekitar parlimen Bukit Gantang.
Ustaz Nordin Jaafar salah seorang calon yang dinamakan untuk bertanding di DUN Changkat Jering pada PRU 13 ini.
Continue...


16 February 2012

Nga Kor Meng tidak bersalah.

Posted by Cikgu Din on Thursday, February 16, 2012 0 comments

Jawatankuasa Disiplin DAP mendapati timbalan bendahari parti itu, Nga Kor Ming tidak bersalah terhadap dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai exco kerajaan negeri untuk mempengaruhi proses tender Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 2008.


Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata ia telah memanggil Nga, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, enam bekas ahli exco dan tiga ahli MBI yang menganggotai lembaga tender ketika itu, dalam membuat keputusan tersebut.


Nizar dan anggota exco terbabit menafi mengesyorkan kepada MBI supaya melantik Ethan & Elton Sdn Bhd - sebuah syarikat di mana isteri Nga, Wong Seow Ching, mempunyai kepentingan - untuk kontrak Lounge Suit.


Tiga ahli majlis tersebut - Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP, Khairuddin Abd Malik dari PAS - memberitahu jawatankuasa displin bahawa mereka tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Nga, dalam melantik Ethan & Elton.


"Tidak timbul Isu penyalahgunaan kuasa oleh Nga. Status Nga sebagai ADUN dan anggota exco tidak menghalang isterinya daripada menjadi rakan kongsi syarikat. Selain itu, Nga tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat tersebut.


"Hanya akan terdapat konflik kepentingan jika Nga menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan lembaga tender," kata jawatankuasa itu.
Continue...


Saiful Apek mungkin kena penjara,air kencing positif dadah.

Posted by Cikgu Din on Thursday, February 16, 2012 0 comments

Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway


Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.


"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.


Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.


Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.


Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Continue...


15 February 2012

Bakal calon PKR,tawar balak jika menang kerajaan.

Posted by Cikgu Din on Wednesday, February 15, 2012 1 comments

Penulis mendapat maklumat seorang bakal calon PKR dalam negeri Perak berjanji akan memberi kawasan balak kepada sahabat penulis,jika sanggup bertugas sebagai Setiausaha Pilihanraya PKR.


Sebelum itu bakal calon PKR ini juga sudah memberitahu kepada teman penulis ,akan memegangkan jawatan Pengarah dalam syarikat GLC dan ini juga akan turut dinikmat rakan penulis."Gaji pengarah GLC RM5000.oo "kata Ketua Cabang PKR itu kepada sahabat penulis.


Jika maklumat ini betul, bakal calon ini perlu ditolak dan jangan disenaraikan.

Continue...


Apabila Najib berdehem,Harussani pun menukar arah.

Posted by Cikgu Din on Wednesday, February 15, 2012 0 comments

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


Tok Mufti Perak berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.


"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya


Harussani menyatakan perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.
Continue...


Puah Ahmad baru 16 tahun tapi sudah ada 19 cucu dan 47 cicit.

Posted by Cikgu Din on Wednesday, February 15, 2012 0 comments

Warga emas, Puan Ahmad menunjukkan kad pengenalan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepadanya gara-gara tersalah catatan mengenai tarikh lahirnya. Warga emas itu mempunyai empat anak berusia 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Foto BERNAMA.
Continue...