08 August 2011

Jangan marahkan Tuan Pengetua,Guru Besar dan PPD mereka tidak salah-DS Nizar

Tazkirah Ramadhan DS Nizar di Masjid Taman Mewah,Kamunting"Jadikan Universiti Ramadhan " untuk kita mendapat taqwa.
"DS Nizar tidak marah dengan PPD"


Kamunting,8 ogos- DS Nizar tidak menyalahkan pegawai kerajaan apabila terdapatnya arahan menghalang beliau untuk pergi melawat sekolah.

"Pegawai kerajaan menerima tekanan UMNO"kata DS Nizar ketika ditemui.Bagi DS Nizar ,pemerintahan Pakatan Rakyat nanti di Putrajaya tidak akan memberi tekanan ke atas pegawai kerajaan sewaktu bertugas.

'Pegawai kerajaan diminta bersikap profesional,sewaktu kita perintah"ujar DS Nizar."Kita tidak halang Ahli Parlimen bertemu pengundi mereka,termasuk di sekolah" tegas DS Nizar lagi.

Sementara itu menurut DS Nizar ,jabatan lain seperti JPJ dan Balai Polis ,tidak pula kedengaran untuk menghalang bertemu penduduk Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment