Terkini

Setiausaha Parti Kita lapor polis, dakwa GHB cuba ambil Parti Kita

 Gerakan Harapan Baru (GHB), menafikan dakwaan akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA).

Setiausaha Harapan Baru,Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil alih parti yang sebelum ini diasaskan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim itu.

"Kami Harapan Baru ,tak cakap pun akan ambil parti KITA. Jadi tak ada apa-apa saya nak komen," kata Dr Dzulkefly.

Hari ini, Setiausaha Agung parti KITA Azmi Othman dilapor membuat laporan polis kerana mendakwa ada pihak tertentu cuba mengambil alih parti tersebut.


0 Response to "Setiausaha Parti Kita lapor polis, dakwa GHB cuba ambil Parti Kita"

Post a Comment