Terkini

Majlis pelancaran AMANAH,ucapan Mat Sabu yang tak berjela-jela.

Perkara-Perkara Yang Terfikir Semasa Majlis Pelancaran AMANAH.

1. Laungan takbir dan tepukan tangan yang sesuai dengan situasi. 

2. Ucapan Presiden yang fokus dan ringkas. Tak berjela-jela.

3. Tayangan video klip produk AMANAH panjang dan hampir membosankan.

4. Penulis lirik dan pengubah muzik lagu Amanah harus disebut semasa majlis tadi. Begitu juga pereka logo. 

5. Menyelitkan lagu Jalur Gemilang membentuk imej nasionalis. Tak ingat lirik, tulisan dalam skrin halus benar untuk dibaca.

6. Gimik upacara penyerahan PPM pada Amanah biasa-biasa saja tapi bila bendera PPM dibuka, audien terkejut kerana bendera logo seiras dengan yang lama. 

7. Pengenalan AJK tak dramatik. Tiada muzik latar yang menyentap. Kecuali adegan Sany dengan tangannya dan selfie Adly yang membikin audien tertarik. 

8. Agaknya Pengerusi tak disediakan list tetamu. Beliau tidak teratur dalam memberi alu-aluan.

9. Doa yang panjang seharusnya semasa doa untuk peribadi. 

10. Paling penting. Tidak membosankan. 

11. Ada yang tertinggal. Aku bayangkan ada video klip atau slot ucapan Tok Guru Nik Aziz atau UFN. Tatkala itu, akan terdetik sesuatu yang bermakna dalam hati.

Terima kasih pada Urusetia program yang berkerja keras dan membuat majlis tadi bukan sekadar satu sejarah besar tapi menjadikan majlis yang ceria, bertenaga dan ada kelainan.

Aku duduk sebagai pencatat sejarah.

Muhaimin Sulam

0 Response to "Majlis pelancaran AMANAH,ucapan Mat Sabu yang tak berjela-jela."

Post a Comment