Terkini

Al fatihah buat roh adik Mohd Shukri Saad.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 

Al Fatihah buat ruh adik Mohd Shukri Saad.

Sungguh mendukacitakan. Tapi itu yang telah berlaku.

Tindakan tragis Mohd Shukri penuh dengan mesej. Mesej sosial, ekonomi dan politik.

Jika kita bersimpati dengan beliau dan enggan melihat kejadian sama berulang lagi, mesej yang beliau tuliskan sebagai tulisan terakhir di FB beliau yang patut diangkat untuk renungan. Untuk diangkat sebagai peringatan. Untuk diangkat sebagai agenda pihak mana jua yang prihatin. 

Antara petikan MESEJ itu:

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang.....

dgn ini ku memilih utk berkorban sebagai rakyat yg dizalimi.....aku akan tamatkan riwayat aku...

Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia

Kenangila mereka sbgai ank pengorbanan...

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar org yg senasib tidak lg dikenakan hukuman mcm ni...

Aku tiada pilihan wahai rakyat malaysia....chek takk ada pilihan...maapkan saya maapkan saya....

Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral utk bgtau kita dipimpin pemimpin yg zalim....

Himpitan ekonomi nampaknya telah memakan korban di luar jangkauan kita.

Himpitan sistem yang tidak memihak kepada yang lemah, nampaknya lebih dalam kesannya dari sangkaan kita.

**
Seperti posting saya pada hari pertama kejadian dilaporkan, Usul Khas di Parlimen adalah tepat untuk negara memgambil tanggung jawab yang saksama atas kesan-kesan dasar-dasar yang menghimpit mereka.

Ini bukan tragedi biasa. Ini tragedi luar biasa.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

al-Fatihah ...

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Husam Musa
Jumaat
28 Oktober 2016
27 Muharram 1438

0 Response to "Al fatihah buat roh adik Mohd Shukri Saad."

Post a Comment