Terkini

Haji Hadi UG buatlah di Terengganu dan Kelantan.

Hj Hadi buatlah UG  di Kelantan atau Terengganu untuk buat kerajaan tanpa pembangkang.Dalam sistem demokrasi pembangkang perlu untuk semak dan imbang.

*KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS*

*PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA DI NEGERI PERAK*

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak. 

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas pada hari ini telah memutuskan bahawa; 

“PAS menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam.

Manakala, EXCO Kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam”. 

“Sejahtera Bersama Islam”

*YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Syaaban 1439 / 11 Mei 2018 

Rusila, Marang, Terengganu.


🌐 *Sumber :* https://berita.pas.org.my/kenyataan-media-presiden-pas-perkembangan-politik-semasa-di-negeri-perak/

0 Response to "Haji Hadi UG buatlah di Terengganu dan Kelantan."

Post a Comment