Terkini

Bersih 709 ,jom kita kenali istilah di Mahkamah!

ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH

1. Afidavit - Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, ,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.

2. Alibi - Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.

3. Bigami - Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.

4. Certiorari – Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.

5. Condictio - Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).

6. Contempt of court - Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.

7. Culpa lata - Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.

8. Defamation - Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).


9. Ex parte - Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan.

10. Functus officio - Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.

11. Habeas corpus – Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.

12. Injunksi - Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.

13. Mandamus - Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.

14. Mandatori - Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.

15. Mitigasi - Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.

16. Kesalahan pejuri - Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.

17. Prima facie - Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.

18. Power of attorney - Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.

19. Percedent - Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).

20. Sapina (subpoena) - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.

21. Sine die - Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleti menyabitkannya.

22. Status quo - Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.

23. Stay of execution – Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.

24. Ultra vires - Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.

25. Writ - Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.

0 Response to "Bersih 709 ,jom kita kenali istilah di Mahkamah!"

Post a Comment