Terkini

Segala ucapan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri hendaklah dibakar.

KUALA LUMPUR, 14 Sept: “Bila lagi Datuk Seri Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, selaku Perdana Menteri, beliau mesti menyatakan pendirian rasmi kerajaan dan pendirian Umno di dalam hal itu.


Beliau menambah, satu jawapan yang segera perlu dibuat untuk meredakan keresahan rakyat di negara ini.


Katanya, tidak boleh mendiamkan diri dengan tidak membuat apa-apa pendirian, kerana ia sudah menjadi polemik di dalam masyarakat sejak kenyataan ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi guru sejarah yang sedang mengajar anak murid mereka yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR.


“Datuk Seri Najib mesti ada keberanian untuk menyatakan pendirian rasmi, jika beliau bersetuju dengan Profesor Umno ini maka kena batal sambutan kemerdekaan negara kali ke 54 jika tidak akan diketawakan oleh orang,” ujarnya.


Tambahnya, semua soalan Sejarah mengenai kemerdekaan yang sudah dibuat perlu dibatalkan.


Katanya lagi, semua tesis yang ditulis oleh sarjana yang berkaitan dengan kemerdekaan hendaklah dikeluarkan daripada semua perpustakaan yang disimpan di universiti negara ini.


“Anugerah bapa kemerdekaan kepada al-Marhum Tunku Abdul Rahman hendaklah ditarik balik.


“Nama Dataran Merdeka hendaklah ditukar segera. Segala ucapan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri hendaklah dibakar kerana ia hanya pendustaan semata-semata selama 22 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Selain itu, katanya semua silibus Sejarah daripada sekolah rendah sehingga ke universiti hendaklah dirombak.


Menurutnya, jika Najib tidak bersetuju, maka beliau mesti menarik balik anugerah Profesor Negara, kerana kenyataan yang tidak ada nilai akademik dan memalukan dunia akademik.****ganyang UMNO guna galaxy taps******

0 Response to "Segala ucapan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri hendaklah dibakar."

Post a Comment