Terkini

Ketua UMNO Bukit Gantang didakwa tidak terpilih sebagai calon PRU 13.

Teman-teman UMNO Bukit Gantang meminta PAS Bukit Gantang mengemukakan calon Parlimen sebaik DS Nizar ,jika bukan DS Nizar yang bertanding pada PRU 13 ini.


PAS perlu letak calon yang boleh menang dan calon yang dikenali ramai.Calon yang baik akhlaknya, cadang orang-orang UMNO.



Lantas satu sumber yang boleh dipercayai memberitahu penulis,dengan mendakwa calon UMNO untuk Parlimen Bukit Gantang merupakan orang yang dipercayai Najib Razak. Beliau dikatakan Encik Rosli in Isa, Timbalan Setiausaha Bahagian ,Bahagian Pembangunan SEKSYEN PEMBANGUNAN.



Encik Rosli Isa , orang Sungai Tinggi dalam DUN Trong.Menurut sumber itu lagi,Ketua UMNO Bahagian,yang juga ADUN Trong,Cikgu Rosli Husein,orang Pak Lah didakwa tidak akan dipilih sebagai calon,sama ada untuk DUN atau parlimen.



MIC dikatakan sudah mendapat kerusi Trong,dengan DUN Pasir Panjang(YB DS Nizar) diberikan kepada UMNO.Untuk DUN Changkat Jering,Ismail Sapian didakwa akan bertanding.



Hal ini menimbulkan sedikit keributan dalam UMNO Bukit Gantang.Bertambah pula YB Rosli Husein kelihatan begitu intim dengan Dato Hasan Ali.Semuanya tidak disukai Najib.Najib didakwa oleh orang UMNO berasa kecil hati kerana UMNO Bukit Gantang memanggil Hasan Ali untuk berkempen.

1 Response to "Ketua UMNO Bukit Gantang didakwa tidak terpilih sebagai calon PRU 13."

  1. Setakat ini PR masih belum selesai dgn isu calon yg akan bertanding diDUN Cht Jering. PKR masih berminat untuk meletakan calonnya sedangkan isu lapok ADUN lompat Osman Jailu masih meninggalkan parut luka yang masih belum sembuh dihati pengundi-pengundi,bagaimana PR bermuafakat menangani isu ini?

    ReplyDelete