Terkini

PAS Pulau Pinang Kena Tuntut Kerusi Sama Banyak.

Tahniah dan syabas PAS Pulau Pinang untuk tuntut kerusi sama banyak di Pulau Pinang. Jika di Perak ,kerusi sama banyak boleh diberi kepada tiga parti,walaupun jelas PKR tidak mempunyai kekuatan keahlian dan cawangan yang banyak di Perak.


Contohnya DUN Kuala Sapetang,dalam Parlimen Bukit Gantang,PKR tidak mempunyai cawangan yang banyak.Kubu UMNO tidak dipecahkan.Ahli-ahli atas pagar tidak juga masuk PKR.PAS pada setiap daerah mengundi mempunyai ahli dan cawangan,berbanding PKR di Dun Kuala Sapetang.Tapi PKR tetap bertanding,dan PAS Bukit Gantang pun tidak mahu bertanding di sini.


PAS Pulau Pinang mahu peruntukan kerusi pada pilihan raya umum yang sama rata di kalangan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, ia adalah penting bahawa semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat diwakili sama banyak di negeri ini.


“Kami sedang berunding bagi mendapatkan kerusi tambahan untuk PAS,” kata Ustaz Saleh Man.


Ustaz Mohd Salleh bagaimanapun berkata, tiada keputusan yang dibuat kerana perkara mengenai pencalonan itu masih di peringkat perbincangan.


Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding sebanyak lima kerusi di negeri itu namun hanya menang satu di Permatang Pasir yang dimenangi oleh Mohd Salleh manakala DAP dan PKR masing-masing dengan 19 dan 16 kerusi.


Bagi PAS Pulau Pinang fokusnya sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan jentera pilihan raya kita sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangannya.


Selamat berjuang Ustaz Saleh Man untuk perjuangan PAS di Pulau Pinang.Berjuang sekarang ,jangan nanti anak cucu marah dekat kita ,kerana kesilapan kita dalam menentukan calon pilihanraya.

2 Responses to "PAS Pulau Pinang Kena Tuntut Kerusi Sama Banyak."

  1. PAS terlalu berlembut sangat, selalu kena paw..banyak sangat mengalah, dah menang sesuatu kawasan jangan lah pi bagi kat parti sekutu...pulak. Kawasan yang menang hak PAS, kenapa ada rancangan nak di bagi kat parti sekutu lain? Guna pendekatan yang bijak ok!...

    ReplyDelete
  2. Geram jugak perangai orang PKR ni, orang serpihan umno, macam tu lah perangai tamak haloba, benci aku tengok bekas bekas umno ni..!!!

    ReplyDelete