Terkini

Petang ini DS Nizar jumpa peguam untuk saman TV3

 
 Foto  ini diambil  pada 5 Jun lalu, DS Nizar sedang menjawab panggilan telefon dipercayai pegawai polis dari Johor.Penulis mendengar Ustaz Idris Ahmad menasihat DS Nizar mengambil tindakan dengan menyaman  TV3,Akhbar Utusan dan anak buah dia Kosmo atas fitnah yang disiarkan dalam TV3 dan akhbar milik Utusan.


Taiping- Pada lewat  petang ini,23 Jun , di Ipoh ,DS Nizar akan bertemu para peguam beliau   berkaitan isu WWW1 yang dimain atau disiarkan oleh TV 3 dan akhbar Utusan.DS Nizar akan menyaman TV3 kerana telah menjejaskan reputasi dan kredibiliti  beliau pada masyarakat,wal hal DS Nizar tidakpun berniat untuk menghina sesiapa pun.  

TV 3 dalam siaran mereka beberapa minggu lalu telah memfitnah DS Nizar dengan kononnya DS Nizar telah menghina DYMM Sultan Johor.Terdapat berita yang disiarkan  oleh TV3 khususnya merupakan bohong dan berniat jahat kepada DS Nizar.

Pada sebelah malamnya DS Nizar akan berceramah bersama DS Anwar Ibrahim di Taman Ria,Simpang berdekatan dengan Pusat Khidmat beliau di Taman Damai,SIMPANG.

0 Response to "Petang ini DS Nizar jumpa peguam untuk saman TV3"

Post a Comment