Terkini

8 tahun jaga suami-Nizar

DS Nizar menyantuni Mohd Zuki di rumah beliau di Taman Changkat Permai,Changkat Jering.Turut kelihatan Fadhil Idris,Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang.
Mohd Zuki bersama bapa  mertua, anak perempuan ,11 tahun dan isteri Puan Azilah Husna.


Isteri Mohd Zuki,Puan Azilah  menerangkan kepada DS Nizar , sakit saraf yang dialami oleh suaminya. "Penyakitnya macam arwah Mohktar Dahari dan Seri Bayu"

Changkat Jering,18 Julai- DS Nizar dalam programnya di parlimen Bukit Gantang telah melawat seorang wanita yang gigih  menjaga suaminya yang sakit terlantar.DS Nizar menasihat Puan Azilah Husna supaya bersabar."Ini ujian untuk isteri ,jaga suami" nasihat Nizar.

DS Nizar berasa amat kagum dan bersyukur kerana seorang wanita mampu untuk menjaga suaminya yang menghidap penyakit saraf. Puan Azilah yang kini menetap di Changkat Jering telah 8 tahun menjaga suaminya Encik Mohd Zuki bin Abd Ghalib,asal Terengganu yang sakit terlantar kerana penyakit saraf.

Puan Azilah Husna bt Mohd Supian bertugas di Bank CIMB,Taiping. Suaminya dahulu bekerja sebagai Chef .Mereka mempunyai anak perempuan berumur 11 tahun,Nur Adriana Balqis Bt Mohd Zuki,yang bersekolah di SK Changkat Jering. 

Pembaca  yang berminat untuk meringankan pengorbanan sang isteri ini bolehlah berhubung dengan penulis di talian 05-8483950(pusat khidmat ahli parlimen). atau masukkan sumbangan ke akaun Puan Azilah Husna  CIMB 14730005156525

1 Response to "8 tahun jaga suami-Nizar"