Terkini

D.O sibuk edar bubur lambuk.


Pegawai Daerah LMS Dato' Harun Rawi kelmarin  5 Ogos sibuk edar bubur lambuk di Pekan Changkat Jering. Masalah setinggan pun beliau tak dapat nak selesai lagi. Edar bubur lambuk bagilah dekat orang lain.Tuan Pegawai Daerah lebih baik tolong rakyat. 


2,000 penduduk tuntut kerajaan tunai janji bina rumah
Antara ketua keluarga yang berkumpul menyatakan masalah mereka untuk mendapatkan rumah mampu milik di Kampung Tersusun, Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting
TAIPING – Hampir 2,000 penduduk setinggan di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Larut Matang Selama (LMS) di sini nekad tidak akan keluar mengundi pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekiranya Kerajaan Negeri tidak mengotakan janji.
Pengerusi Badan Bertindak Setinggan KTM Larut Matang Selama (LMS), Idris Ismail,52, berkata, mereka telah dijanjikan untuk tinggal di rumah mampu milik di Kampung Tersusun, Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting namun sehingga kini janji itu belum terlaksana.
Menurutnya, sejak dari tahun 2008 mereka telah bersetuju untuk mendiami rumah terbabit namun permintaan mereka tidak diendahkan.
"Sebelum ini, seramai 339 ketua keluarga telah bersetuju keluar dari tanah rezab KTMB setelah dijanjikan tapak rumah yang tidak perlu dibayar apa-apa caj di kemudian hari.
“Namun setelah persetujuan dicapai, mereka diminta membayar RM1,500 sebagai premium tanah dan upah sukat tidak termasuk tambak tanah merah yang menelan kos lebih RM8,000 dan sekurang-kurangnya RM50,000 lagi untuk membina rumah setingkat.
Katanya, mereka dahulunya tinggal di atas tanah rezab KTMB termasuk dari Air Kuning, Larut Tin, Kamunting dan Pondok Tanjung bersetuju untuk pindah bagi memberi laluan kepada projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh Padang Besar yang dijangka siap pada 2013 ini.
“Justeru jika tidak ada apa-apa tindakan dan pindaan kami nekad tidak akan keluar mengundi atau undi lebih 2,000 penduduk akan berpindah kepada parti lain.
“Kami merasa teraniaya dan mereka akan menerima balasan di atas apa yang mereka lakukan terhadap penduduk setinggan di sini,” katanya.
Tempoh pembinaan dua tahun
Setiausaha Badan Bertindak Setinggan KTM LMS, Ismail Mohamad, 65, berkata, melalui surat yang diterima daripada Kementerian Pengangkutan pada Oktober tahun lalu, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan sudah bersetuju untuk menimbus kawasan berpaya berkenaan untuk pembinaan Rancangan Kampung Tersusun yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bagi penempatan 339 keluarga di atas tanah seluas 117 ekar.
Malah katanya, kementerian juga bersetuju memberi sumbangan kepada setiap keluarga setinggan sebanyak RM1,000 serta bayaran sewa rumah RM300 setiap sebulan selama 24 bulan bermula Julai 2008 sehingga Jun 2010.
Menurutnya, jika mengikut perjanjian asal, Kerajaan Negeri telah menetapkan tempoh pembinaan maksimum iaitu selama dua tahun sahaja bagi membina Projek Penempatan Rakyat (PPR), namun sehingga kini cuma ada tanah kosong yang belum ditambak sepenuhnya dalam tempoh yang sudah melebihi 4 tahun.
“Kepada siapa lagi kami hendak mengadu apabila luahan dan rintihan kami tidak diambil tindakan serius, jika kami semua adalah golongan jutawan tidaklah kami merempat sebegini,” katanya.
Gesa campur tangan
Penduduk, M.Ramachandran, 65, berkata, dia berharap kepimpinan tertinggi campur tangan dalam urusan ini agar seluruh penduduk Setinggan menerima hak mereka seperti yang telah dijanjikan.
“Kita cuma menuntut hak setelah bersetuju memberi laluan kepada pembangunan dan sebagai balasannya kerajaan perlulah menunaikan janji mereka.
“Pemberian yang dikatakan akan diberi secara berperingkat tidak dilaksanakan dengan baik dan mengikut jadual yang berkesudahan dengan penduduk menerima kesannya,”katanya.
Bendahari Badan Bertindak Setingan KTM LMS, Himatalaman, 25, berkata, masalah ini telah lama berlarutan dan pelbagai janji dikeluarkan agar penduduk setinggan bertenang, tetapi sehingga kini kami tidak melihat apa-apa perkembangan.
“PRU 13 ini kita akan sama-sama saksikan kebangkitan rakyat yang sudah letih dengan permainan pihak-pihak yang berkenaan dan akan berusaha mengubah nasib semua penduduk setinggan ini supaya diberi perhatian oleh pihak yang berjanji.
“Bagaimanapun, kita masih memberi peluang kepada pihak yang terlibat untuk turun padang bagi selesaikan masalah ini,” katanya.
Segerakan urusan penempatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Azemi Kasim dalam kenyataan bertulis kepada penduduk baru-baru ini menegaskan, memandangkan Kerajaan Persekutuan melalui  Kementerian Pengangkutan telahpun melaksanakan tanggungjawab yang dipersetujui dengan Kerajaan Negeri, maka wajarlah Pegawai Daerah mempercepatkan urusan penempatan semula dengan menggunakan peruntukkan yang telah disumbangkan oleh  Kementerian Pengangkutan.
“Namun disebabkan kelewatan Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan di kawasan penempatan baru maka atas permintaan Pegawai Daerah ketika itu bersetuju melanjutkan sumbangan sewa rumah selama 24 bulan lagi iaitu bersambung dari Julai  2010 sehingga Jun 2011,” katanya.
Berdasarkan persetujuan asal,  Kementerian Pengangkutan tidak menyediakan rumah kepada penduduk setinggan namun telah menyumbang sebanyak RM11 juta kepada Kerajaan Negeri bagi kos pembinaan penempatan semula setinggan.
Terima secara berperingkat
PegAwai Daerah Larut Matang, Datuk Harun Rawi berkata, semua setinggan yang layak akan menerima tanah tapak rumah secara berperingkat-peringkat.
Menurutnya, kebanyakkan mereka akan ditempatkan di kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting manakala selebihnya di Pondok Tanjung, Air Kuning dan Larut Ulu.
Beliau menegaskan kerja menambak tanah perlu ditanggung sendiri oleh setinggan.
Katanya, peruntukkan Kementerian Pengangkutan bukan RM11 juta tetapi hanya RM8 Juta yang sudah digunakan untuk menyediakan prasarana dan membina 20 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di
Kurnia Jaya Tambahan untuk setinggan yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan.
“Bagi hak milik pula, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang dan Selama sudah dan sedang dalam proses menyediakan kelulusan hak milik melalui borang 5A dengan  syarat setinggan membayar premium dan upah sukat berjumlah lebih RM1000,” katanya.. sinar

0 Response to "D.O sibuk edar bubur lambuk."

Post a Comment