Terkini

Nizar tengok kolam udang haram yang dilulus Kerajaan Zambry Kadir

DS Nizar sedang turun untuk melihat sendiri kolam udang  haram yang dbina dekat rezab sungai ,betul-betul tepi Sungai Sapetang.Penduduk mendakwa hampir 80 hektar tanah yang terlibat kolam udang termasuk  rezab sungai .Pegawai Daerah didakwa tidak mengambil tindakan.Menurut Nizar ,tanah yang diberi untuk projek udang NCER ini jauh dari sungai,tetapi sebaliknya mereka pemaju menceroboh rezab sungai dan habitau kayu bakau dan pokok merembang(habitat kelip-kelip)
DS Nizar menunjukkan isyarat bagus kepada Pegawai Pusat Khidmat yang berjaya membawa beliau ke salah sebuah KOLAM UDANG HARAM di rezab Sungai Sapetang.
DS Nizar dan Ustaz Idris memerhati Pak Wahab (Yusop bin Ishak)dan Rahim Ismail,NYDP Pas Bukit Gantang yang berjaya membuktikan kolam udang haram yang dibina di atas rezab Sungai Sapetang.


Pak Wahab ,wakil penduduk dan wakil persatuan Kelip-kelip menunjukkan  saliran air sisa yang akan di buang ke anak sungai kepada Rahim Ismail,NYDP Pas Bukit Gantang.

                                                          "Itulah kunci air" yang air sisa akan dibuang ke anak sungai.

Pak Wahab(Yusop bin Ishak) menunjukkan arah kolam udang seluas 80 hektar di Hutan Bakau dan Habitat Kelip-kelip.

DS Nizar berjanji apabila Pakatan Rakyat memerintah Perak, PR akan menyemak kembali perjanjian yang telah di buat kerajaan Zambry Kadir. Beliau mahu penduduk dibela dan dibantu untuk menyelesaikan masalah mereka.

0 Response to "Nizar tengok kolam udang haram yang dilulus Kerajaan Zambry Kadir"

Post a Comment