Terkini

Ketua Bahagian UMNO cantas calon pilihan Najib.


oleh blog orang ni

Gempar..!!! YB Rosli Hussin zalimi Rosli Isa bakal calon UMNO Bukit Gantang

YB Rosli yang zalim 

Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Datuk Rosli Hussin yang juga ADUN Terong memang zalim,memang tak patut dan memang-memang menginaya rakan sepasukan dalam UMNO di Perak.


Sebab apa aku kata macam tu..? 
Sebabnya hari ini terbongkarlah segala pergolakan sebenar didalam UMNO di Parlimen Bukit Gantang. Nama YB Rosli Hussin sememangnya ramai ahli UMNO dah tahu yang dia (YB Rosli) disingkirkan dari bertanding dalam PRU akan datang. DUN atau Parlimen memang dah tiada tempat bagi YB Rosli Hussin lagi di Perak ini...kat negeri lain kot mau terima aku tak tau la...hahaha...

Keadaan menjadi kecoh dalam UMNO Bukit Gantang apabila dikatakan segelintir ahli UMNO masih mahukan YB Rosli bertanding,namun khabarnya UMNO diperingkat pusat ( Najib la tu...haha..) dah senaraikan  nama seorang anak tempatan dari Kg. Sungai Kerang  iaitu Haji Rosli bin Isa sebagai bakal calon Parlimen Bukit Gantang.

Rosli Isa ini memang anak tempatan tapi amat jarang balik kampung sebab berjawatan tinggi di Purtajaya dan memang orang di Parlimen Bukit Gantang tidak mengenali beliau...hatta orang UMNO sendiri pun tak kenalinya.

Nak jadi cerita hari ini aku ke sebuah majlis kenduri kahwin kat kawasan DUN Terong,di-dalam ramai-ramai tetamu yang hadir dimajlis tersebut rupanya terchonggok bakal calon tersebut...Haji Rosli Isa dengan seorang rakan (Gambar bawah: Berbaju merah) yang membawanya dari Putrajaya.

Kesian aku tengok...hahaha...Ada ke patut seorang bakal calon UMNO untuk parlimen Bukit Gantang dibiar berseorangan menjelajah untuk menyantuni rakyat disini tanpa di-iringi anak tempatan atau AJK UMNO Bahagian. 

Sudah-lah beliau tu muka baru dalam politik,masih mentah,orang pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal orang...YB Rosli Hussin boleh relex je....biar Hj Rosli Isa sorang-sorang...hahaha...tak kezalim nama-nya tu..??

Patutlah dalam laporan Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059 dikatakan AJK UMNO Bukit Gantang tidak komitmen dalam tugas.

Apa yang jelas disini ialah YB Datuk Rosli Hussin menzalimi bakal calon sendiri. Dek kerana tidak tersenarai bertanding YB Rosli sanggup menzalimi rakan sendiri. Inilah perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan kroni dikeliling pinggang saja.

Gambar Kiri: Haji  Rosli B. Isa, ini wajah bakal calon UMNO untuk Parlimen Bukit Gantang bagi PRU-13 .
Gambar kanan: Ustaz Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat bertanya khabar kepada Rosli Isa kebetulan hadir sama dimajlis tersebut.

1 Response to "Ketua Bahagian UMNO cantas calon pilihan Najib."

  1. Mana boleh tak jadi calon.. duit dah byk keluar.. bertahun2 dah mengampu..
    rugi siott...

    ReplyDelete