07 October 2010

Arahan tidak bertulis kepada guru kurangkan guna internet.

Sejak Pengetua-pengetua sekolah bertemu Muhyiddin Yassin ,terdapat arahan baru daripada pengetua sekolah.

Antaranya kurangkan penggunaan internet dan tidak melayari Face Book.Para cikgu tidak terlalu lama duduk untuk melayari laman web.Begitu juga tidak perlu membuka face book.

Nampak gayanya wireles perlu dipotong.Internet hanya di bilik pengetua. Biar pengetua pantau cikgu guna internet.

Pengaruh internet menggerunkan pihak berkuasa.PRU 13 yang semakin tiba menyebabkan Muhyiddin Yassin yang bercita ingin menggantikan Najib dikatakan memberi arahan tidak bertulis agar pengetua mengawal para guru.

Petang tadi pentadbir pula seolah-olah mengugut,ikut peraturan ,jika tidak prestasi setakat cukup makan?Kita sudah lama mengajar ,tetapi pada hari ini kenyataan berupa ugutan untuk beri markah rendah kepada guru baru pertama kali kita dengar.

2 comments:

  1. Memang kedapatan guru2 yg membuang masa melayari facebook disekolah2. Tidak dinafikan facebook banyak manfaatnya tapi malangnya manfaat yg banyak itu tidak digunakan sebaik2nya. Sebaliknya facebook hanya ruang sembang, membuang masa dan menurunkan prestasi kerja para guru. Apa tidaknya kalau masa luang yang sepatutnya guru guna utk menanda buku2 latihan murid atau pelajar2 dihabiskan dengan berchatting atau melangkau dari satu wall ke satu wall kengkawan sembang facebook?

    Internet di sekolah sepatutnya untuk kepentingan pendidikan negara saja. Dalam pada aku mengingatkan kengkawan, aku juga mengingatkan diri ku sendiri yang sering alpa! Walahualam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Apa2 perkara yang berada dalam kehidupan manusia di alam fana, pasti ada baik buruk nya. Semua perkara yang baik, jika disertakan dengan niat yang menyeleweng, pasti akhirnya perkara yang baik itu memudaratkan.

    Contohnya seperti botol air mineral. Ia selalu disalahgunakan semasa perhimpunan dalam pilihanraya. Ianya dibaling ke arah "pihak lawan" dan dijadikan bahan permulaan provokasi.

    ReplyDelete