Bulu kemaluan, dua helai seluar dalam, sebidang permaidani dan cadar tilam antara 19 barang kes yang dikenal pasti oleh seorang ahli kimia pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Barang-barang kes yang disahkan satu persatu oleh Dr. Seah Lay Hong telah dihantar kepadanya oleh pihak polis untuk pemeriksaan termasuk yang dikemukakan semasa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan di mahkamah setahun lalu.
Menurut Lay Hong, 52, yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, beliau menerima barang-barang itu daripada Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira (kini Supritendan) sebanyak dua kali iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai 2008.(sumber)
No comments:
Post a Comment