13 February 2011

Gamal Mubarak bukan Hosni Mubarak yang berkuasa! Tapi kini dua-dua sudah bungkus..

Ternyata Gamal Lah yang Belokkan Pidato Ayahnya Pekan Lalu
Gamal Mubarak pemimpin sebenar Mesir ,Hosni dikata mendengar nasihat anak beliau ini,bukannya isteri beliau Suzane.

Debat sengit dikatakan berlaku antara anak Presiden Mesir Hosni , anak Presiden itu Alaa dan Gamal Mubarak, berlaku pertikaman lidah di dalam istana sebelum Hosni berucap pada Khamis .Debat yang terakam dan disebarkan oleh surat kabar Al Akhbar itu berkaitan ucapan terakhir ayah mereka sebagai presiden.

Hosni Mubarak menurut laporan seharusnya akan mengumumkan pengunduran dirinya dalam ucapannya yang diberikan militer kepadanya pada Khamis minggu lalu. Namun ucapan itu diubah dengan menyatakan akan terus memegang jawatan presiden sehingga September.

Dalam rakaman itu, Gamal dan Alaa berdebat sengit hingga hampir berkelahi. Menurut laporan itu , Alaa menuduh Gamal mendorong negara dalam korupsi dengan membantu teman-teman dekat dalam bisnisnya sehingga menindas rakyat.

Amerika juga dikatakan bingung perubahan sikap Hosni dalam ucapannya ke seluruh negara,yang menyatakan terus memegang jawatan sehingga September .

Akhirnya dengan tekanan rakan tentera, Hosni dan kroninya telah melarikan diri dari tanah air.

Ketuanan Firaon sudah tidak relevan lagi.Revolusi rakyat sahaja boleh mengajar kerajaan zalim Hosni Mubarak.

No comments:

Post a Comment