11 February 2011

Kita tunggu pelajar balik Mesir kerajaan bayar duit tambang tak?

Ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sepenuhnya atau sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.

Mereka yang terlibat menyatakan tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak kembali ke Mesir.


Dalam banyak keluarga pelajar yang berkemampuan mungkin hanya 5 peratus.Kita tunggu adakah UMNO ingin berpolitik lagi dalam mengurus mereka kembali belajar di Mesir nanti.


Kita tahui kebanyakannya susah. Seelok-eloknya, kerajaan yang mengaku prihatin dan tidak membantu apabila tiba PRU atau Prk memberi keputusan sekarang tambang percuma bagi mereka yang kembali ke Mesir untuk sambung pengajian. Paling koman spanar pun bantu bayar separuh daripada harga tiket kapalterbang itu kerana harganya agak mahal.

No comments:

Post a Comment