Apabila Pas ganti UMNO .Kita perlu berasa cemas melihat Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed menjelaskan Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Jadi sudah tentu kempen UMNO itu, antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum ke 13 .
Dewan Pemuda PAS Kelantan perlu menarik sebanyak mungkin golongan muda di Kelantan menjadi pengundi . Dengan jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda, Dewan Pemuda perlu proaktif.Ingat gelombang biru melanda Terengganu pada tahun 2004.
PAS Negeri lain juga perlu kuat.Kekuatan kita di negeri sendiri akan menghalang kemaraan UMNO di Kelantan,Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.Kita semua tahu UMNO,zalim dan jahatnya mereka.Justeru itu kita tidak boleh lagi mencari alasan untuk tidak berlawan dengan UMNO.PAS wajib ganti UMNO.
No comments:
Post a Comment