08 February 2011

Ops Lalang- Mahathir ada masalah memori selektif dan fikiran tidak betul


Lim: Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen.
KUALA LUMPUR, 9 Feb — Lim Kit Siang hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:


“Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”


Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.


Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.sumber MI


No comments:

Post a Comment