Menteri paling lama berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri, yang kini menerajui portfolio mencakupi pelbagai bidang, di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim semakin kerap menonjolkan dirinya sebagai pembela Najib dan pencemuh Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak terlepas daripada sindiran dan sasarannya walaupun dia sendiri pernah "membakar jambatan" semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas kebangkitan rakyat di Timur Tengah, Rais yang pernah mengetuai Wisma Putera, menegaskan: "Apa yang berlaku di Mesir ketika ini langsung tidak berkaitan dengan nilai perjuangan rakyat di Malaysia."
"Tidak ada seorang pun (Perdana Menteri di Malaysia) perintah sampai 30 tahun atau 25 tahun tanpa proses demokrasi," tambahnya. "Tapi yang saya lihat di sana, Hosni Mubarak adalah orang yang menggunakan sistem itu untuk menafikan hak-hak rakyatnya tetapi di sini kita bebas. Kebebasan kita telah dikecapi oleh pembangkang. Jadi barang siapa yang mengatakan bahawa kononnya bahang Mesir akan berlaku di Malaysia, ia adalah buta dan tuli."
Selain mempertahankan pemerintahan demokratik di Malaysia yang dikatakan menjamin kebebasan bersuara rakyatnya berbanding Mesir yang bersifat kuku besi, Rais turut mengkritik sistem pendidikan di sana. Beliau mahu pelajar Malaysia melihat kembali keilmuan yang diperoleh daripada universiti di negara berkenaan kerana "kebanyakan ideologi yang diajar adalah untuk memberontak, berkasar dan bersifat Talibanisme" sumber Ahmad Lutfi Othman

ini semua puak2 lidah ular yang sesat lagi menyesatkan... bukan setakat ludah yang mereka jilat balik malah kahak hijau pun depa telan semula... ini semua keturunan maruah dok tepi longkang jer...
ReplyDelete