Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Sdr Munir Ali mahu mengaturkan satu pertemuan tertutup antara Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung “perang kenyataan” menyentuh isu-isu Islam baru-baru ini.
Tan Sri Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan TG Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.
Tahuniah Sdr Mohd Munir Ali yang berusaha untuk menyusun pertemuan Tok Mufti Harussani dengan Tok Guru Nik Aziz itu untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam yang menjadi perbualan hangat masa kini.
Sdr Munir Ali dilaporkan telah mengutus sepucuk surat melahirkan hasrat itu dalam surat yang dihantar kepada Harussani hari ini.
Menurutnya, Pemuda PAS negeri merasakan sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.
Kata beliau langkah itu penting ekoran acap kali pertembungan terbuka antara Mufti Perak itu dengan Nik Abdul Aziz dipaparkan melalui media, terutama dalam melibatkan isu-isu agama.
Tambahnya, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.
“Kami juga yakin Datuk Nik Aziz akan bersedia menerima jemputan bagi tujuan tersebut supaya tiada lagi persengkataan terbuka dan masing-masing akan terus dapat memberikan tumpuan pada agenda memartabatkan Islam di dalam ruang lingkup tugas yang diamanahkan,” kata Munir Ali dalam suratnya.
Sehubungan, Dewan Pemuda PAS Perak berharap Tok Mufti itu dapat memberikan tarikh-tarikh yang sesuai dan Pemuda Pas akan mendapatkan maklum balas daripada pihak TG Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi tujuan tersebut.
Syabas dan tahniah Sdr Munir Ali yang mempunyai daya usaha untuk menyatukan fikrah ulamak Perak dan Kelantan itu.Bagi kita institusi Mufti dan institusi Menteri Besar terus dikekalkan prestij dan pengiktirafan.Jelas Pemuda PAS Perak merentasi sempadan politik dan setakat ini mereka sudah menunjukkan kematangan ilmu.
Cuma Pemuda UMNO diharap tidak kacau daun atau menggunakan tekanan untuk menghalang idea dan hasrat pemuda PAS ini tercapai.
No comments:
Post a Comment