08 March 2011

"Jangan ambil gambar kami,nanti takut kena pukul dengan samseng"

Penduduk dalam satu kawasan dalam Dun Kubu Gajah sedang menceritakan masalah mereka kepada Johari Jaafar ,wartawan Harakah."Jangan ambil gambar kami,nanti kena pukul"dakwa penduduk.

Pondok Tanjung,Selama-Pada hari Ahad ,6 Mac kita dijemput oleh wartawan Harakah untuk mengikuti beliau membuat liputan aduan penduduk di DUN Kubu Gajah,Kawasan Raja Ahmad yang lebih dikenali Raja Bola.

Penduduk mendakwa kebun mereka diceroboh lembu dan kerbau Ketua Umno cawangan.Banyak kerosakan berlaku pada tanaman mereka khususnya pokok pisang.Terdapat juga pokok kelapa sawit yang baru ditanam rosak.

Mereka telah membuat aduan kepada pihak polis,tetapi penduduk mendakwa Ketua UMNO itu tidak mengaku itu haiwan ternakan dia.Jadi pihak polis tiada boleh mengambil tindakan.

"Musim Hari Raya,lembu ,kerbau mereka mengaku mereka yang punya"kata penduduk."Lembu dan kerbau rosak tanaman dan menyebabkan kemalangan ,mereka tak mengakupin" dakwa penduduk.

Penduduk mendakwa setiap aduan seolah tiada berkesan."Ketua Cawangan,kebal"dakwa penduduk.

Penduduk juga mendakwa pihak yang membela lembu itu menggunakan samseng untuk menakutkan penduduk.

Seorang pengadu memberitahu kita YB Raja Ahmad juga Adun Kubu Gajah juga marah dengan Ketua Cawangan ini.Tetapi Raja Ahmad pun tidak boleh buat apa?

No comments:

Post a Comment