14 March 2011

Sudut demontrasi untuk GAPS atau Perkasa disediakan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kita ingin mencadangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor untuk mengadakan sudut demontrasi atau sudut pidato untuk NGO seperti Gaps atau Perkasa.


Biar mereka mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan.Jikalau perlu kerajaan taja baner,air mineral dan makan tengahari.Untuk lebih canggih sediakan P.A. Sistem.


Semalam, kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan berhimpun bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin boleh menjadikan medan demontrasi untuk menghentam kerajaan Selangor.Hujah biar berfakta.Lawak bodoh sebelum ini perlu dijauhkan.


Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor atau Pulau Pinang boleh diberi permit tempat untuk demontrasi secara tersusun.Jerit-jerit kuat hentam kerajaan Pakatan Rakyat.Jerit juga DNA,DNA .Datuk Najib Altantuya.


Sudut demontrasi untuk Perkasa atau seangkatan dengannya. Semuanya boleh bermula di Selangor atau Pulau Pinang..

No comments:

Post a Comment