08 April 2011

Ahmad Sarbani: Ibrahim Ahmad lambang keberanian rakyat!

Ibrahim Ahmad menjawab soalan pemberita selepas pertemuan dua jam di Kelana Jaya petang tadi. Keberanian Ibrahim Ahmad keberanian rakyat— Foto oleh Jack Ooi MI.
Sudah ada tanda keberanian pegawai kerajaan.Keberanian timbul apabila mereka mula ditekan dan dituduh. Tuduhan pula berat tuduhan melakukan dosa besar "bunuh diri".


Justeru itu keberanian Kesatuan Kastam untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM perlu dihormati serta disokong .

Ketegasan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung membela ahli yang telah meninggal dunia ,dituduh bunuh diri . Ibrahim Ahmad juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kes tersebut dan membersihkan nama Allahyarham Ahmad Sarbani daripada dilabel “kes bunuh diri.”


“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad .


Turut hadir pada majlis pertemuan membuat keputusan itu ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak


“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata Ibrahim Ahmad.


“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.


Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.


Kita juga mengharapkan ahli kesatuan menyokong keputusan Kesatuan mereka. Langkah presiden,langkah menongkah arus.Pegawai Kastam tidak bersalah selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman.Masyarakat mahu tahu Ahmad Sarbani bukan mangsa kambing hitam.

No comments:

Post a Comment