05 April 2011

Jam Omega menyebabkan wartawan hilang adab!

KUALA LUMPUR 5 APRIL : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.


Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.


Wan Azizah mengesahkan “kami ada jam itu dan tidak ada (kehilangan jam).’tegasnya.


Namun jawapan itu tidak memuaskan wartawan berkenaan yang seterusnya mendesak supaya ditunjukkan jam tersebut.


Wan Azizah secara tenang membalas bahawa ... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut,” berada dalam simpanannya.


Tidak puas hati dengan jawapan itu, wartawan berkenaan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media.


Ahli keluarga Anwar hanya menggeleng kepala kepada persoalan yang ditanya secara biadap itu.


“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?” kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan” .


"Saya rasa soalan anda juga membayangkan anda tidak menghormati keadilan. Saya duduk di sini untuk lihat media bersekongkol untuk jatuhkan Anwar,Saya tidak boleh terima sebagai rakyat Malaysia tentang situasi sempit ini di mana kita mempunyai banyak lagi perkara untuk dilakukan. Orang yang pakai seluar atau tidak menjadi isu utama negara ini. Saya rasa banyak perkara lain yang kita perlu buat," kata Khalid.tvs

social share

1 comment:

  1. tak tau lagi ker.. wartawan barua umgok ni memang bongok tahap gaban sejak dulu, kini dan selamanya. Kalau tak da cerita dalam kain org, wartawan barua umgok ni tak mampu nak beli nasik bungkus pon...

    ReplyDelete