21 November 2012

Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?


PAS Perak menjemput semua mangsa saman AES untuk mendengar sesi taklimat dengan PEGUAM PAS dan Nab Presiden PAS ,Datuk Mahfus Omar  pada hari AHAD 25 November 2012,di Pejabat PAS  ,nombor 13,Medan Istana 3,Bandar Ipoh Raya,Ipoh ,jam 10 pagi.MANGSA kerakusan BN diminta membawa saman AES bersama.

Persoalannya ,beranikah Najib dan Muhyiddin memasang AES di Pekan dan Pagoh???????  

KUALA LUMPUR: Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?

Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.

“Bagi ahli parlimen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.

Bagi Menteri Besar negeri-negeri BN pula tunjukkan sokongan kamera AES yang Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak mahu pasang, semua dibawa ke negeri masing-masing. Kena bermula dengan Pahang dan Johor, negeri kelahiran Najib dan Muhyiddin,” sindir beliau yang ternyata sangat berang dengan keputusan tersebut.

Ketika ditanya Harakahdaily, mengapa kabinet Umno BN masih meneruskan hasrat untuk memasang kamera AES meskipun tahu ia bakal mengundang kehilangan undi di PRU13, sumber dalaman Umno tersebut tidak menjawabnya secara direct.

“Lu pikirlah sendiri. Apa yang Umno dewakan sehingga tidak sanggup menarik balik AES. Mengapa AES tidak seperti juga GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang ditangguhkan sehingga PRU13 selesai. Lu pikirlah sendiri lagi,” jawabnya sambil berseloroh.

Mengenai perhimpunan Umno akan datang, sumber dalaman Umno itu berkata pasukan Muhyiddin kini sedar kemungkinan tuan mereka menjadi Ketua Pembangkang adalah amat tinggi.

“Jikalau Umno kalah pilihanraya, anta ingat Rosmah sanggup digelar sebagai isteri Ketua Pembangkang? Sudah pasti, Muhyiddin yang bakal jadi Ketua Pembangkang masa itu. Siapa lagi yang sanggup jadi Presiden Umno yang pertama yang jadi Ketua Pembangkang, tiada yang sanggup, tapi next in line ialah Muhyiddin,” kata beliau.

Ditanya apa pandangan dalam Umno mengenai Muktamar PAS ke-58 yang baru berlangsung baru-baru ini, sumber dalaman Umno berkata ada satu perkara penting yang ingin ditutup Umno dan medianya.

Perkara paling penting katanya ialah deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, yang disambut oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

“Yang paling kita tidak sangka, pada ucapan penggulungan Abdul Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) turut menyatakan sokongan terbuka kepada tindakan Nasrudin. Jika PAS betul dapat mewajibkan deklarasi harta untuk semua calonnya di PRU13, Umno akan sangat tertekan, kerana calon-calon yang dipilihnya ramai yang tidak sanggup melakukannya, terutamanya sekarang dengan kewujudan Rafizi (Ramli) dan NOW yang fokusnya untuk mencungkil maklumat kroni Umno,” kata beliau.

Deklarasi harta Nasrudin, katanya menjadikan keadaan perbandingan Umno dengan PAS menjadi 8-0 untuk pimpinan atasan – di mana Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Najib dibandingkan dengan Tuan Guru Abdul Hadi, Muhyiddin dengan Mohamad Sabu, Hishamuddin, Ahmad Zahidi, Shafei Afdal dibandingkan dengan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Husam Musa, Ahmad Maslan dengan Datuk Tuan Ibrahim dan terkini Nasrudin dibandingkan dengan Khairy.

“Bagi Dewan Muslimat PAS, kalau Siti (Zailah) dapat buat deklarasi harta dan menekan Shahrizat Jalil, akan terus jadi 9-0,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.sumber harakah daily.

No comments:

Post a Comment