02 November 2012

Kita balun Mazlan ramai-ramai-Jerit samseng UMNO


Sekitar jam 10pagi ini, 20 buah kenderaan ANAK yang cuba memasuki Felda Lasah Sg Siput, Perak di halang di pintu masuk felda berkenaan. Lebih seratus orang bertindak samseng dan sangat agresif. Tidak dapat dipastikan adakah mereka penduduk tempatan atau gangster upahan.

Saya yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak
, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara peribadi.


10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2 yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk dipercayai Umno.


Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'


KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah. Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.


Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal, polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu berlaku perkara2 yg tidak diingini.


Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka terus terjerit2 macam orang meroyan.


Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar dengan selamat.Sumber berita dan foto facebook mazlan aliman

No comments:

Post a Comment