27 November 2012

Nizar temu Pak Hashim ,buruh paksa landasan maut.

25 November,Changkat Jering-DS  Nizar bersama Pak Hashim bin Yaakub ,buruh paksa landasan keretapi maut dekat Burma. Pak Hashim berada dekat sana 3 tahun 8 bulan 1942-46. Dengan diberi gaji tiga baht duit Siam. Masa jadi buruh paksa berumur 26 tahun. Kaum keluarga telah buat tahlil kerana kehilangan tidak dapat dikesan. Apabila kembali sebaik selesai Perang Dunia Kedua ,kaum keluarga buat pula kenduri kesyukuran. Pak Hashim didakwa berumur 112 tahun. Perbezaan beliau dengan allahyarhamah isteri 10 tahun. Isteri beliau meninggal pada usia 92 tahun ,sepuluh tahun dulu. 
DS Nizar menjelaskan kepada Pak Hashim Yaakub, kerajaan Jepun sudah bayar pampasan sebanyak Rm207 bilion untuk mangsa.Kerajaan Indonesia pun sudah beri pada mangsa. DS Nizar juga menjelaskan jika pampasan ini diberi  ,mangsa boleh mendapat antara 2.5 juta- 3 juta ringgit. Sepuluh tahun dulu ramai  mangsa masih hidup.DS Nizar berjanji kepada Pak Hashim Yaakub.beliau akan terus membela nasib mangsa dan waris buruh paksa keretapi maut Burma.DS Nizar mempersoal kenapa kerajaan BN tak mau jawab isu ini." Mana pergi duit pampasan Rm207 bilion ini? kata DS Nizar.Turut bertemu Pak Yaakub,TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad, S/U Fadhil Idris Kawasan dan Muhamad Tiang,AJK Pas Perak.    

No comments:

Post a Comment