25 December 2012

Laptop dan 5 persen gagal meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris


Gara-gara tidak patriotik Najib terpaksa mengumumkan pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India ,bagi menunjukkan sikap diplomasi.Mungkinkah untuk dapat projek buat lebuhraya di India Samy Vello menjadi pelobi yang kuat???

Jadi rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik. Kerajaan seharusnya menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.

 “Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini .”Adakah Najib sudah berbincang dengan NUTP atau Kesatuan guru  yang lain.Adakah Najib juga sudah berbincang dengan Muhyiddin Yassin.

Kerajaan di bawah Menteri Pelajaran tidak sedarkah lambakan graduan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua TESL dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP masih lagi belum diselesaikan.Sekarang  kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini.“Kerajaan sewajarnya mengutamakan graduan-graduan TESL tempatan berbanding dengan mengemukakan rancangan sedemikian “Malahan hingga kini graduan ISMP masih lagi ramai yang belum mendapat penempatan sebagai guru di sekolah .

 Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mengesahkan seramai 7000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja pada Mac 2012 .Kerajaan seolah-olah tidak peka dengan bilangan  graduan ISMP daripada institut pengajian tinggi swasta IPTS yang paling ramai mengganggur kerana terpaksa bersaing dengan graduan institut pengajian tinggi awam IPTA .

 Najib minggu lalu berkata kerajaan bercadang untuk mengambil tenaga pengajar dari India untuk mengajar bahasa Inggeris.Sementara itu  Timbalannya  Muhyiddin Yassin menjamin bahawa kementerian pelajaran akan melihat dari segala sudut untuk memastikan cadangan pengambilan tenaga pengajar ini akan mengambil kira permintaan negara ini dari sudut pendidikan sebagai respon kepada Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan NUTP.

NUTP meminta kerajaan mengkaji secara mendalam sebelum mengambil tenaga pengajar asing .Seramai 70 000 guru bahasa Inggeris di Malaysia mengikut kenyataan timbalan pengarah Kementerian Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, dimana dua pertiga dari mereka gagal untuk mencapai standard yang diinginkan .

Dalam pada itu untuk menyelesaikan masalah ini kerajaan mewajibkan guru untuk lulus Ujian Kedudukan Cambridge pada 2015 atau dipindahkan ke bidang lain .Guru yang gagal akan diwajibkan untuk menghadiri kursus intensif selama lapan minggu dan pembelajaran selama 30 jam secara online setiap minggu.Projek PPSMI yang mana guru yang mengajar mendapat 5 persen atau 10 persen daripada gaji  gagal untuk meningkatkan kualiti guru Bahasa Inggeris.Di samping itu projek beri laptop kepada guru PPSMI juga gagal untuk membantu pelajar.Amat malang duit rakyat habis begitu saja!!!!Natijahnya guru dari India terpaksa di bawa masuk. 


No comments:

Post a Comment