16 February 2013

SPR mungkin lanjut masa mengundi jika BN didapati kalah?

 
                         

  Awang Ahmad Khadree ,AJK PAS Malaysia,kelmarin 16 Februari   menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang bahawa tempoh pengundian boleh  ditentukan oleh SPR tanpa diberi notis. Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam,jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian.Justeru itu beliau meminta pengundi yang mengundi  PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi.

Awang Ahmad Khadree yang juga seorang Peguam juga menjelaskan celup jari ke dakwat bukannya  ada dalam perlembagaan,ia cuma peraturan sahaja. Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 mencipta isu,faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan celup jari ke dakwat. 


1 comment:

  1. bn tak boleh kalah kerana depa dah 'cover' depan belakang, kiri kanan, atas bawah & semua penjuru. hanya kuasa allah swt saja yg boleh menjahanamkan tipu daya mereka.

    ReplyDelete