14 February 2013

Najib datang Perak,jalan tutup tiga hari,bikin peniaga rugi.


Kehadiran DS Najib ke Perak untuk merasmikan UTC ,Ipoh(dahulu Super Kinta)  menyebabkan para peniaga sekitar Jalan Dato Onn Jaafar  mengalami kerugian. Mereka tak boleh berniaga dengan lancar. Hendak berniaga boleh,tapi pelanggan tak boleh datang untuk membeli.
Mana pergi Perkasar/Perhasut/ NGO Jadian dan lain-lain.Mereka kenapa diam membisu.
 


Jangan tutup jalan utama
Keadaan Jalan Dato’ Onn Jaafar yang sesak dengan kenderaan akibat penutupan tiga jalan utama berkenaan.




IPOH - Golongan peniaga di Pasar Besar Ipoh kesal dengan penutupan beberapa jalan utama, di sini.

Penutupan tiga jalan utama seperti Jalan Foo Choo Choon, Jalan Laksamana dan Lorong Laksamana di sini, didapati telah menjejaskan sedikit perniagaan mereka di situ.

Ketika ditemui seorang peniaga kelapa, S Ravi, 47 berkata penutupan Jalan Laksamana sejak kelmarin, telah menganggu kelancaran operasi perniagaannya.

Katanya, penutupan jalan di situ telah menyukarkan lori yang membawa muatan kelapa ke premis perniagaannya.

“Sejak jalan di sini ditutup kelmarin, saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan kelapa di kedai saya.

“Saya juga tak terima notis mengenai perkara ini, cuma dimaklumkan bahawa jalan di sini akan ditutup untuk beberapa hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi peniaga barangan runcit, Yau Lee Jiuan 43 berkata, dirinya hanya menerima notis mengenai penutupan jalan berkenaan hari ini (semalam), hingga menyebabkan operasi penghantaran bekalan barangan ke premisnya tergendala.

Katanya, perkara berkenaan sewajarnya dimaklumkan lebih awal agar pihaknya dapat menyediakan alternatif lain khususnya berhubung penghantaran bekalan barangan ke premisnya.

“Sepatutnya mereka mengumumkan perkara berkenaan (penutupan jalan) ini lebih awal kepada saya. Saya tak boleh tutup kedai kerana penutupannya (kedai) akan menyebabkan kerugiaan yang besar “Oleh itu, saya berharap agar penghantaran barangan bekalan ke kedai saya dapat dibuat seperti biasa pada hari lawatan Perdana Menteri nanti,” katanya lagi.

Seorang peniaga di pasar ayam berhampiran, Jamil Mat Jamlos, 42, pula berkata, penutupan jalan di situ tidak menjejaskan bekalan ayam ke gerainya kerana masih ada beberapa cara lain bagi menghantar bekalan berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, bekalan yang mencukupi juga tidak memberi makna sekiranya jumlah pembeli semakin berkurangan dalam tempoh penutupan jalan berkenaan mulai 13 hingga 15 Februari.

“Jalan di sini ditutup selama tiga hari. Secara tidak langsung menyukarkan orang ramai untuk datang ke sini (pasar ayam).

“Oleh, bekalan banyak pun tak berguna, jika tiada pembeli,” katanya.

Sementara itu, penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu berkata, pihaknya turut mempersoalkan penutupan jalan berkenaan kerana ianya dilihat agak lama berbanding tempoh lawatan Perdana Menteri yang hanya dijadualkan berlangsung pada 15 Februari, mulai 10 pagi.

Katanya, tempoh penutupan jalan itu juga dilihat tidak sewajarnya dilaksanakan dalam tempoh berkenaan kerana ianya bakal menjejaskan perniagaan para peniaga di situ.

“Bagi kami, tak patut jalan di sini, ditutup selama tiga hari. Lagi pun lawatan Perdana Menteri hanya sehari, iaitu 15 Februari. Itu pun mulai 10 pagi dan dijangka berakhir pada sebelah petangnya.

“Oleh itu, kita berharap agar pihak berkenaan dapat memberi penjelasan penuh berhubung perkara ini,” katanya.

Penutupan tiga jalan utama seperti Jalan Foo Choo Choon, Jalan Laksamana dan Lorong Laksamana semalam hingga 15 Februari itu dilakukan bagi memberi laluan persiapan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jumaat ini

No comments:

Post a Comment