Terbaiklah Datuk Husam sewaktu berucap dalam program Himpunan Gerhana Muslimat PAS Perak,pada 30 Jun di Padang Rengas,Perak.Datuk Husam Musa, yang meminta pemimpin berada bersama denyut nadi rakyat.
Rakyat menolak penipuan SPR,rakyat mendesak Pengerusi dan Timbalan SPR letak jawatan.Justeru pemimpin mesti bersama denyut nadi rakyat.
Datuk Husam juga menyatakan Islam pun dalam peperangan sentiasa menang,kecuali Perang Uhud.Bagi Husam Musa alasan kita sudah biasa kalah tidak dapat diterima.Kalah pula dengan penipuan.Dalam peperangan ini banyak strategik dan taktik,begitu juga pilihanraya.Lantas Husam mencadangkan kita mengadakan pra-mortem ,untuk meningkatkan kualiti kerja kita.Beliau juga mencadangkan muslimat terus bekerja ditempat masing -masing mendekati rakyat. |
No comments:
Post a Comment