Kini terdapat anasir yang tidak dingini telah menyusup masuk ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.Penyusupan dari pihak yang tidak senang dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin telah mempengaruhi lebih daripada 500 pemuda .Kumpulan ini memutuskan melepaskan diri dari induk Ikhwan yang dipimpin oleh Mursyidul Am , Tuan Sheikh Mohamad Badei dan Timbalannya Sheikh Khairat el Shater.
Kumpulan dengan kekuatan 500 anggota muda telah membentuk sebuah gerakan yang mereka sebut “Ikhwan Tanpa Kekerasan,” dengan alasan yang mereka hembuskan bahwa mereka berusaha untuk mengarahkan kelompok itu kembali kepada arahan pengasanya, Hassan al-Banna.
Ahmad Yehia, koordinator gerakan itu, mengatakan kepada Al Arabiya pada hari Khamis bahawa mereka “sangat berduka” terhadap situasi yang berlaku ke atas Ikhwanul Muslimin hari ini.
“Para pemimpin ini ,sekarang telah melanggar prinsip-prinsip Ikhwan dan ajaran Imam Hassan al-Banna,” kata Yehia.
Para Ikhwan muda ini menggunakan teknik yang sama dengan yang digunakan oleh kumpulan demonstrasi Tamarod yang menyerukan penggulingan Mursi, gerakan itu mengatakan hal ini bertujuan untuk mengumpulkan tanda tangan dari para anggota untuk membentuk strutur baru organisasi Ikhwan.
“Ikhwan sekarang sudah berubah ,” kata Yehia. “Kami tidak akan menerima hal ini.”
Menurut Yehia ,ramai sudah meninggalkan Ikhwanul Muslimin.
Mereka mencipta logo baru.Logo “Ikhwan Tanpa Kekerasan” cenderung mencerminkan pandangan baru kelompok itu. Meskipun masih menyerupai simbol Ikhwanul Muslimin , dengan latar belakang hijau dan Al Qur’an di tengah, pedang dalam logo lama diganti dengan cabang zaitun dan burung merpati terbang dengan bendera Mesir nasional sebagai sayap..” ( sumber) .
Amerika, Israel dalang tangkapan pemimpin Ikhwan
Oleh MOHD AZMI ABD HAMID
Seperti yang dijangka, kuasa Barat terutama Amerika Syarikat dan Israel akan bertindak untuk mengguna tentera Mesir melakukan "sweeping operation" untuk menahan semua pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir.
Baru-baru ini pihak berkuasa Mesir mengeluarkan arahan menahan Mursyidul Am Ikhwan, Dr Muhammad Badie dan seluruh kepimpinan Ikhwan atas dakwaan menghasut rakyat sehingga berlaku tragedi pembunuhan 51 orang Ikhwan oleh tentera walaupun mereka sedang solat.
Sebelumnya lima pimpinan Ikhwan dipenjarakan termasuk Timbalan Mursyidul Am Khairat el-Shaiter . Seorang lagi timbalan Mahmoud Ezzat, ahli senior Ikhwan , Mohammed El-Beltagy dan pendakwah tersohor Safwat Hegazy juga sudah ditangkap .
Bermakna tindakan ke atas Ikhwan Muslimin kini jauh lebih keras kerana di zaman Mubarak, pihak tentera tidak berani mengeluarkan tangkapan ke atas Mursyidul Am Ikhwan.
Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pemimpin Ikhwan sangat berpengaruh dan mampu mengugat agenda Barat yang mahu Mesir terus tunduk kepada telunjuk mereka.
Rampasan kuasa di Mesir digerakkan oleh pakatan di kalangan kelompok liberal, fundamentalis sekular, anggota penyokong Mubarak yang digelar "deep state", pemimpin Kristian Koptik serta elemen-elemen dalam perisikan, tentera, agensi sekurit , syarikat-syarikat besar, kehakiman dan mafia . Semua kelompok ini bergabung dibawah dokongan AS dan Israel dan bersatu untuk mengekang kemaraan Ikhwan di seluruh negara Arab. Tidak dilupakan juga Saudi Arab dan UEA yang merupakan sekutu rapat AS turut membiayai demonstrasi anti-Morsi.
AS sudah memastikan semua ketua dan kerajaan negara Arab yang menjadi sekutunya bersama menghalang Ikhwan dari bertapak menerajui pemerintahan dimana berlaku Arab Spring. Sebab itu Arab Saudi, Kuwait, UEA, menyokong rampasan kuasa di Mesir dan berjanji memberi bantuan berbilion dolar Amerika untuk kerajaan tentera Mesir.
Tidak ketinggalan, Syria juga menyuarakan sokongan kepada rampasan kuasa Mesir kerana tidak mahu Ikhwan semakin bertapak kukuh dalam pemerintahan negara tersebut.
Setelah Perjanjian Kem David 1978, tentera Mesir bukan lagi institusi yang patriotik kepada Mesir tetapi menjadi budak suruhan As dan Israel, yang dengan sebab itu, ia mendapat bantuan tahunan dari AS sebanyak USD1.3 bilion.
Pegawai tinggi Mesir dilatih di AS dan tentara Mesir sentiasa mengadakan perhubungan dengan ketenteraan AS. Malah tentera Mesir berkolusi dengan Israel dan Fatah untuk menindas pejuang Palestin dan menjayakan penaklukan Israel ke atas semua kawasan Palestin.
Dengan yang demikian AS dan Israel tidak punya pilihan. Konspirasi digerakkan untuk menghalang kemaraan kekuatan Ikhwan yang semakin mengukuh.
Kemuncak kepada rampasan kuasa di Mesir adalah penangkapan pimpinan Ikhwan dan mengisytiharkan sekali lagi Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi yang diharamkan.
Mesir kini jelas kembali kepada zaman diktator yang mengharamkan Ikhwan sejak era Jamal Abdul Nasser.
Penangkapan pemimpin Ikhwan itu adalah siri penghapusan sebarang gerakan yang berani menentang agenda Barat di mana-mana negara Arab yang selama ini menjadi alat kepada hegemoni Barat.
Kuasa Barat sangat maklum bahawa sejak Arab Spring 2011, Ikhwan merupakan gerakan yang paling tersusun dan mampu menjadi kekuatan untuk mengambilalih kerajaan diktator seperti di Tunisia, Libya, Yemen dan Mesir.
Sebab itu kebangkitan rakyat Arab dilihat oleh kuasa Barat AS dan Israel akan menguntungkan Ikhwan yang dilihat mempunyai potensi alternatif kepada pimpinan boneka Arab yang disokong oleh Barat.
Barat melihat kebangkitan gerakan Ikhwan yang semakin diterima rakyat untuk mengurus negara. Malah sejak 1980-an lagi pencapaian Ikhwan dalam politik beberapa negara Arab sangat memberangsangkan. Ini termasuk di Kuwait, Jordan, Bahrain dan Iraq. Juga fenomena yang sama berlaku di Sudan pada 1989.
Sebab itulah pengembangan Ikhwan di negara-negara Arab sangat merisaukan kuasa Barat, AS dan Israel kerana jika tidak dibendung, gugatan seterusnya adalah untuk membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.
Di peringkat negara-negara dimana Ikhwan bergerak cergas, agenda Islamisasi yang dibawa oleh mereka sememangnya difahami oleh majoriti rakyat dan rakyat mendokong cita-cita Ikhwan.
Perlembagaan yang telah disemak dan digubal semula ketika Morsi menjadi Presiden yang sah, kini digantung Presiden boneka tentera, Adli Mansour, yang cuba merombak dan membatalkan segala elemen Islam dalam perlembagaan tersebut. Mesir mahu sekali lagi bergerak ke arah negara sekular walaupun 77 peratus rakyat menerima perubahan yang mahu di bawa oleh Morsi dengan cara menghapuskan peruntukan dalam Perlembagaan yang memberi legitimasi kepada Islam untuk menjadi dasar kepada negara Mesir.
No comments:
Post a Comment