09 July 2013

Sedikit lagi kesabaran penyokong Dr Mursi akan menang .

Gambar ketika solat jenazah para 'Syuhada Subuh' yang terbunuh ketika 'Tragedi Subuh Berdarah'.

Kerajaan Haram Tentera Mesir kembali ke arena politik di negara Mesir dengan kononnya berwajah  baru tidak seperti mana mereka menyokong Hosni Mubarak.Pihak tentera ,kononnya berjiwa rakyat dan menghormati perlembagaan. Mereka membangun harapan "palsu"di sebalik penggulingan presiden pilihan rakyat Dr Mursi.Kerajaan Haram Tentera Mesir tajaan Amerika Syarikat cuba memanfaatkan gelombang dukungan rakyat pro sekular di Mesir.Namun mereka kelihatan gagal
Dengan  51 orang penyokong kerajaan sah pilihan rakyat seolah sengaja ditembak untuk dibunuh pada waktu Subuh Isnin lalu.Kerajaan kudeta ini telah menerima tekanan antarabangsa.Amerika Syarikat pun sudah "malu" kerana rampasan kuasa kononnya kehendak rakyat telah membunuh banyak jiwa.Pihak tentera sudah gagal.Ikhwanul Muslimin dengan sedikit kesabaran lagi ,insyaAllah akan berjaya menghadapi kerakusan sang pemerintah zalim lagi kejam.Setengah-setengah pihak melabelkan lebih zalim lagi daripada regim Zionis. Mungkin juga mereka belajar daripada regim ganas Basyar Asad dari Syria.Bahasa kekerasan yang digunakan tentera,rakyat anti-Morsi pun tak suka.
Justeru mengharap  Syeikh Al-Azhar , Ahmed el Tayeb menekan tentera Mesir seperti sikapnya untuk   mengasingkan diri di rumah saja sebagai protes ,sebenarnya sudah terlewat.Kononnya Syeikh Al- Azhar  tidak akan muncul dari rumahnya sampai pertumpahan darah berakhir.

No comments:

Post a Comment