05 July 2013

'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.-Washington Post



Khabar Mesir.
Oleh Nasaie Ismail
 
Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir.Apa sahaja perubahan boleh berlaku.Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini.Kerana hari ini (sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail). Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.

Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah 2 hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini). Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi. Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.

Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'. Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir. Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.sumber 

No comments:

Post a Comment