Kehebatan Dr Mursi mempunyai penyokong setia. Mereka menyokong Dr Mursi bukan kerana batang tubuh ,tetapi kerana prinsip perjuangan yang dibawa.
Kini isteri kesayangan Dr Mursi, Puan Naglaa Mahmoud muncul di khalayak ribuan pendukungnya.
Beliau menyatakan untuk tetap bersama rakyat menentang kerajaan kudeta yang didukung oleh tentera . “ Dr Mursi akan datang kembali, insya Allah.”kata Puan Naglaa Mahmoud.
Naglaa Mahmoud membuat penampilan pertamanya sejak kudeta tentera, mengenakan jubah dan hijab menutupi tubuhnya, Naglaa berbicara kepada khalayak ramai yang berkumpul di Masjid Rabaa al-Adawiya di Nasr City.
Pada peringkat awalnya isteri Dr Mursi juga dikatakan ditahan. Beliau kini bersama anak-anak sudah bersedia untuk menentang kerajaan kudeta.
No comments:
Post a Comment