Sirul Azhar,orang Bt 8 , Jalan Changkat Jering-trong. Sirul dahulu belajar di SMK Tengku Menteri.Ibunya tidak putus-putus berdoa untuk Sirul.Orang kampungnnya juga sering mendoakan agar keadilan dapat diberi kepada Sirul.
Penulis sering juga mendapat maklumat dari bapa saudara Sirul dari Simpang ,Pak Ndak Mustapa.Baru-baru ini juga penulis memberi pandangan kepada bapa saudara Sirul agar Sirul menceritakan peristiwa sebenar,jangan sembunyi-sembunyi lagi.Bagi penulis Sirul akan dihukum membunuh dengan niat atau membunuh tanpa niat. Tapi takdir Allah menentukan segala-galanya.Sirul telah bebas. Tapi siapa orang di sebalik pembunhan Altantuya masih misteri.?
Dahulu wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.
Sirul telah berpisah dengan isteri beliau kerana tekanan keadaan.Kes Altantuya menghantui mereka.Bekas isteri Sirul menerima tekanan hebat dan akhirnya mereka bercerai.
Namun, selepas Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya dan Azilah daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.
"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan.
"Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," kata Sirul.
Anak lelaki Sirul Azhar berumur 6 tahun sewaktu kejadian.Kini berusia 13 tahun.Remaja itu amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.
Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Taiping berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.
Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu.
Isteri dia tau ape yg berlaku.
ReplyDelete