YB Ustaz Idris Ahmad dalam program "Mesir Berdarah" di Kg Larut Tin,Taiping pada 31 Ogos lalu.Turut sama Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid,Presiden Mapim dan YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.
Changkat Jering-YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam ceramah Mesir Berdarah pada 31 Ogos lalu, ,menyatakan Kerajaan Arab Saudi merupakan kerajaan yang menyokong kerajaan haram tentera as-Sisi Mesir membunuh rakyat mereka."Raja Saudi tak layak jaga Haramain"ujar Ustaz Idris Ahmad. Ustaz Idris Ahmad mempersoal bantuan kewangan yang diberi oleh Raja Saudi kepada Jeneral as -Sisi.Bagi Ustaz Idris Ahmad ,sepatutnya Raja Saudi tidak bersama Israel dan Amerika Syarikat menyokong kerajaan kudeta itu.Dalam pada itu ,YB Ustaz Idris Ahmad sebagai orang yang diberi menjaga tanah Haramain,Raja Saudi seharusnya menentang kezalimin Jeneral as-Sisi. |
No comments:
Post a Comment