Tetapi ada yang terasa tidak layak baginya untuknya jadi Menteri Besar sedang dia adalah calon Perdana Menteri. Adakah calon Perdana Menteri hendak turun ke negeri pula.
Dalam politik tiada yang mustahil.
Willy Brandt adalah ketua SPD, parti pembangkang Jerman Barat. Dia bukan orang Berlin Barat tetapi dia datang bertanding untuk menjadi Datuk Bandar Berlin Barat. Dia berjaya membangunkan Berlin Barat.
Sebagai Datuk Bandar yang berjaya dia bersetuju mengadakan kerajaan campuran dengan parti kerajaan, menjadikan kerajaan German barat sebuah kerajaan yang kuat dan ekonomi German Barat melambung.
Lepas itu dia tidak mahu lagi bergabung, dia jadi Censelor yng terbilang.
Richard Nixon, calon Presiden Parti Repulikan yang dikalahkan oleh Presiden John Kennedy. Dia berhijrah dari negerinya Calfornia ke New York. Sebagai bekas calon Presiden dia bertanding jawatan Gabenor New York. Dia menang. Dari situ dia jadi calon Presiden sekali lagi dan dia menang.
Kalau Anwar jadi Menteri Besar, dia jadi Menteri Besar negeri yang termaju di Malaysia. Di negara-negara Arab itu kawan dia belaka. Di Amerika dan di Britain kawan dia saja. Untuk dapat pelaburan tidaklah susah sangat.
Cuma yang dibangkitkan setengah orang ialah sukakah Sultan berMenteri Besarkan dia? Macam-macamlah yang boleh dikata tentang perkenan Sultan itu.
Adalah benar perkenan Sultan itu penting. Perlantikan itu mesti dibuat oleh Raja. Tetapi Raja Berperlembagaan tidak boleh buat sesuka hati seperti zaman Raja Bersiung dulu. Raja tidak bijaksana berpolitik.
Justeru jangan seret Raja dalam politik. Raja berpolitik tidak boleh, menyokong parti politik pun tak boleh. Belajarlah dari kejadian Sultan Perak diseret dalam politik dalam kes rampasan kuasa terhadap Menteri Besar Nizar Jamaluddin.
Dolah Badawi dan Najib seronok kerana dapat gulingkan Nizar. Tetapi apa orang kata tentang Raja. Seronokkah Najib tengok Sultan jadi buah mulut orang di gerai dan di jalanan?
Biar orang politik berbalah sesama mereka tentang Menteri Besar. Kerja orang politik mesti berbalah. Bukan politik dunia kalau tidak berbalah.
Tetapi Raja jangan berbalah dengan orang politik. Payah raja nanti. Bila Raja diseret dan Raja suka diseret, maka bersedialah Raja menghadapi tempias poliltik itu.
Apa akan jadi kalau Raja dikata begitu dan begini oleh rakyat? Akan jadilah ada orang suka raja dan yang tidak suka raja. Juahkah jadi Raja macam itu.
Buat macam Raja Siam. Bangkok dan seluruh Thailand lumpuh berminggu-minggu bahkan berbulan. Gara-gara orang politik berbalah. Raja buat tidak tahu saja. Dibiarkannya. Lantaklah apa mereka hendak buat.
Tetapi panggil mereka atau apa acara yang melibatkan Raja, sekalian yang berbalah itu menerap dan merangkak di depan Raja. Seluruh Bangkok tunjuk perasaan. Apabila tiba hari keputeraan Raja cuti tunjuk perasaan. Selepas itu disambung semula.
Siapa sayang Raja jangan bangkit Raja begitu dan begini. Zaman sekarang zaman Facebook. Kalau orang takut guna facebook, nanti suasana kembali ke alam surat layang. Ia lebih teruk.
Tunggu dan dengarlah apa nak jadi?
No comments:
Post a Comment