04 March 2014

Pemimpin wanita berkain batik, ditangkap khalwat ,dekat Perlis.

Foto hiasan Ahli Puteri UMNO.
Pemimpin wanita sayap parti politik ditangkap khalwat.Suratkhabar   pro-UMNO  tidak pula menulis pemimpin wanita itu disyaki dari parti PAS atau PKR.Selalunya berita  parti politik PR dimanipulasikan oleh media khususnya TV 3 dan RTM.Bertambah pula musim Prk Dun Kajang,TV3 atau RTM buat berita bentuk negatif sahaja kepada PR.

Kangar: Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam.
Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai tuala dan baju-T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.
Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan polis.(sumber)

No comments:

Post a Comment