14 May 2014

Menantu Presiden PAS kata Nizar "very stupid".

Ustaz Zaharudin Muhammad yang didakwa menantu Tuan Guru Presiden PAS   menyatakan DS Nizar "very stupid" kerana ulasan DS Nizar  berkenaan isu "krisis Kerajaan UMNO,Terengganu. 
Penulis tak mahu ulas panjang,kerana penulis rapat dengan DS Nizar.Untuk baca lebih lanjut baca di SINI.

1 comment:

  1. Salam, pada hemat saya pandangan Dr Nizar bukanlah pandangan mentah semata-mata tetapi sebaliknya satu kebimbangan yang lahir dari pengalaman politik semasa.
    Lihat sahaja apa yang pernah dilakukan oleh Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang ternyata menjadi musuh dalam selimut.
    Hakikatnya ialah di dalam PAS ada anggota-anggota yang tidak begitu senang dengan pertalian politik antara PAS dan DAP. Ini juga adalah benar bagi DAP.
    Mungkin sahaja Dr Nizar agak kurang bijak dalam memilih kata-kata untuk melahirkan kebimbangannya tetapi kita semua mesti akur bahawa di dalam PAS ada orang-orang yang lembut hati mereka kepada retorika UMNO tentang perpaduan Melayu dan perpaduan Islam.
    Bukankah baru-baru ini perikatan antara PAS dan DAP hampir-hampir punah angkara wayang UMNO tentang pelaksanaan hukum hudud ? Bagaimana tentang khabar angin tentang upacara melangkah mayat mendiang Karpal Singh oleh PAS yang disebarkan puak-puak tertentu ?
    Adakah itu mimpi ? Tentu sahaja bukan, itu adalah realiti.
    Apa yang dikatakan Dr Nizar adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan PAS. Usaha UMNO untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat tidak akan pernah berhenti sehinggalah UMNO itu sendiri hancur.
    Kita bersyukur bahawa PAS Terengganu telah menunjukkan pendirian politik yang bukan sahaja matang tetapi amanah dalam perjuangan. Syabas.
    Namun, pucuk pimpinan PAS harus sentiasa berwaspada. Berjaga-jaga bukanlah ertinya buruk sangka.

    ReplyDelete