18 September 2014

Terima Kasih Cikgu Noh ,tak label orang"munafik"

Berikut merupakan intipati ucapan wakil Perak,Tuan Haji Noh Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dalam perbahasan usul terima kasih ucapan Presiden PAS.(TG Haji Abdul Hadi).Beliau tidak suka melabel orang dengan munafik. Beliau tidak mudah menghukum orang.Tahniah Cikgu Noh,ucapan terbaik,dari PERAK. 
Sekiranya PAS berjaya keluar daripada muktamar ini dengan segala konflik dalamannya tidak terjejas, ia mungkin mengajar parti Islam itu sedikit sebanyak cara menangani masyarakat kompleks seperti Malaysia.  
“Kita mahu kepimpinan mewujudkan satu mekanisme untuk kita menangani krisis dan perbezaan pendapat," kata perwakilan Perak,Haji  Noh Ahmad.
“Perbezaan pendapat tidak semestinya satu kelemahan. Jika ditangani dengan cara yang betul, ia boleh jadi kekuatan untuk kita," kata Haji Noh Ahmad, disambut sorakan perwakilan yang menyokongnya.


No comments:

Post a Comment