1.Ustaz YB Idris Ahmad,adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah Il 1993 (pindaan 2015).Sudah tentulah, insyaAllah. Mahu tanya Ustaz Idris, adakah Kerajaan PAS sudah laksana semuanya Enakmen tersebut.Semasa perintah Kedahpun mereka tak kelam kabut nak pinda Enakmen Jenayah Syariah
.2.Yb Ustaz Idris Ahmad,pentadbiran bukan sekadar tiada dituduh salah laku oleh SPRM.Pengurusan negeri melibatkan banyak perkara.Bagaimana mengurus alam sekitar, bagaimana mengurus perumahan rakyat, bagaimana mengurus ekonomi rakyat, bagaimana untuk mengurangkan kes masalah sosial seperti aids, denggi, dadah atau paling kurang bagaimana kerajaan mengurus masalah sampah semasa musim perayaan.
3.YB Ustaz Idris, PH ingin perintah Malaysia, bukan setakat perintah Kelantan.Kami mahu perintah semua negeri.Kami mahu BN dan rakan sekutunya tidak memerintah lagi.
4. Yb Ustaz Idris, hujah menyatakan DAP itu seperti Abg Long, ialah hujah UMNO, melalui BTN, JASA, Kemas, MKN dan sekutu UMNO.
5.Ustaz Idris pergilah Pulau Pinang untuk lihat perkembangan , bagaimana Lim Guan Eng membantu masyarakat Islam.
Bacalah ulasan YB Ustaz Idris.
Alhamdulillah pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan tidak lagi dituduh salah laku oleh SPRM. Pemimpin yang cakap serupa dengan bikin.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Memang benar PH mahu perintah malaysia termasuk kelantan.. dan PAS pula mahu memerintah beberapa negeri termasuk kelantan.. masing2 ada target sendiri.. ini free country..
ReplyDeletePemimpin parti cap bulan mana la layak nak perintah negara. DoJ nk rampas harta negara yang diklepek, mereka kata campur tangan asing.
ReplyDeleteYang teman perhatikan, apabila mr presideng berbunyi, maka lebai-lebai bawahan akan keluokan echo.
Tak ada idea sendiri!!! Hampeh!!!
Pok amid,
DeleteSaranan pas sejak dari awai ialah gesaan kpd kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja utk menyiasat kes 1mdb!
Agak2 pan ada tak idea yg lebih bijak dari itu selain dari mengharapkan campurtangan asing?