Inilah Setiausaha Agung UMNO rupanya parti yang memegang Kerajaan menubuhkan ITM sekarang UITM hanya politik bukannya ikhlas membina bangsa Melayu.Jom sign in petisyen.
MENTERI UMNO/ KU NAN JANGAN MENGHINA PELAJAR UITM
(Tolong Sign Petisyen ini: http://bit.ly/janganmenghinauitm )
1) Dalam video klip yang disiarkan oleh media, Ku Nan ada menyebut “Kalau slow-learner, masuk UITM”, ini merupakan satu penghinaan kepada ribuan pelajar yang menuntut di UITM.
2) Pengorbanan ratusan ribu graduan dan pelajar UITM inilah yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti mereka untuk membangunkan bangsa dan negara.
3) Dalam Laporan Penarafan Kebolehpasaran Graduan Dunia QS 2018 yang dikeluarkan menyenaraikn UITM adalah antara tiga terbaik di Malaysia. Mampukah universiti “slow-learner” memasarkan graduan mereka pada tahap yang tinggi?
4) Manakala dalam dunia perdebatan pula, tiga orang tokoh debat yang disegani di pentas dunia datangnya daripada UITM, Mifzal Mohd, Jasmine Ho dan Maizura Mokhsein (Pendebat Terbaik Asia)
5) Kenyataan dangkal ini tidak sepatutnya datang daripada seseorang yang berstatus menteri, kenyataan yang akan memberikan lebih banyak impak yang negatif terhadap pelajar UITM. Ini akan mengakibatkan diskriminasi yang lebih teruk terhadap mereka.
6) Dahulu, ribuan pelajar UITM dikerah untuk hadir sambutan ulang tahun partinya. Kini, Ku Nan merendah-rendahkan status mereka. Jelas lagi bersuluh, pelajar ini diperalatkan mereka untuk kepentingan parti sahaja.
7) Ku Nan sebagai menteri sepatutnya membantu mereka bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah dengan tanggapan salah segelintir masyarakat yang memandang rendah dengan keupayaan mereka. Jangan mencurah minyak ke api.
8) Dengan ini, Pemuda PPBM mendesak Ku Nan menarik semula kenyataan dangkal ini. Semua pelajar adalah aset kepada negara.
SYED SADDIQ
KETUA PEMUDA PPBM/BERSATU
1. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/09/324472/um-antara-terbaik-qs-graduate-employability-rankings
2. https://www.hmetro.com.my/node/29101
3. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/2909/
4. https://youtu.be/_EhT6JzZYCw (Video Penuh)
No comments:
Post a Comment