16 August 2020

Gelak besar-besar Najib Razak,ada masa lagi!

Najib Razak  didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Najib.

Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

5 comments:

  1. lu pulak yang susah hati itu lagi pelek

    ReplyDelete
  2. Susah hati laa krn BOSS KU skrg dh diiktiraf penjenayah!!

    ReplyDelete
  3. susah hatilah sebab DSN bakal duduk Penjara Sg Buloh bukan Hotel Pavillion 10 bintang,,,,,heheheh

    ReplyDelete
  4. Dah dibuktikan bersalah. Dulu kata najib tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Sekarang ni terbuktilah dia memang perompak

    ReplyDelete
  5. Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - JCMH
    Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City. JCMH Casino. 안성 출장안마 Atlantic 사천 출장샵 City. 남원 출장샵 3455 Sturgeon 고양 출장안마 Avenue Atlantic City, NJ 여수 출장마사지 08401. Phone: (609) 604-6000.

    ReplyDelete