Terkini

Sila duduk dan jangan lari .

Yang Berhormat Sila Duduk dan Jangan Lari.Sindiran dan gurauan Duli YMMM Yang di-Pertuan Agong kepada wakil rakyat.

Blok UMNO dan PAS tak tahu peraturan lantik Speaker Dewan.

SYOK NAK JAWAB

Pagi ini Parlimen Ke-14 Malaysia bermula dengan urusan perlantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Mengikuti siaran langsung di kaca tv, permulaan Dewan sudah kelihatan ada persoalan dibangkitkan oleh blok pembangkang iaitu PAS dan Umno.

Kemudian, seorang penulis yang juga mungkin pegawai Ahli Parlimen PAS menulis begini :

Kenapa pembangkang walk out dari sidang dewan pagi tadi?

Kerana pada hari Pertama Dewan pun, Kerajaan PH Sudah Menipu.

Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:

(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"

Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang. 

Umum mengetahui, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman.

Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018..?

Bukankah itu menipu namanya.?

(Catatan oleh Syed Ahmad Fadhli)

Respon aku begini :

Tulisan Syed Ahmad Fadli rasanya bukan berdasarkan fakta sebaliknya berdasarkan laporan media.

Peraturan Mesyuarat 4 (1) menghendaki nama calon Yang di-Pertua dihantar kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mula mesyuarat. Mengikut takwim Dewan Rakyat, 14 hari ialah pada 2/07/2018.

Syed Ahmad Fadli merujuk laporan akhbar atau khabar angin bahawa nama Datuk Mohamad Arif hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker pada 15 Julai 2018. Saudara Syed hanya bersandarkan khabar angin.

Setiausaha Dewan dengan jelas memaklumkan Dewan bahawa nama calon Speaker telah diterima mengikut Peraturan dan tiada nama lain diterima justeru Datuk Mohammad Ariff dipilih dan dilantik sebagai Yang di-Pertua mengikut Peraturan 4 (3).

Urusan penamaan calon Yang di-Pertua Dewan bukan dibuat melalui media tetapi melalui saluran Dewan. Apa saja laporan media bahawa nama Datuk Arif atau Dato' Johari Abdul hanya bualan di media tetapi urusan sebenar ialah melalui Setiausaha Dewan.

Membuat persepsi melalui laporan media adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan amat remeh serta kotor di pihak Pembangkang.

Pakatan Harapan telah menyerahkan nama Datuk Mohamad Arif kepada Setiausaha Dewan mengikut Peraturan tetapi kenyataan-kenyataan di media tidak menggambarkan fakta sebenar atas tujuan tertentu.

Tindakan wakil Pembangkang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 4 (1) untuk membantah proses lantikan Yang di-Pertua juga adalah pra matang.

Prosedur Dewan perlu jelas dan difahami. Dalam keadaan Yang di-Pertua Dewan belum dilantik, membangkitkan Peraturan Mesyuarat untuk diputuskan adalah tidak tepat kerana Setiausaha Dewan tidak mempunyai kuasa memutuskan isu Peraturan Mesyuarat di dalam Dewan. Itu kuasa Yang di-Pertua.

Proses itu pun tak faham macamana nak berfungsi sebagai ahli Dewan? Baca dulu.

Zulhazmi Shariff 
Batu Cavesp

KETUA HAKIM NEGARA diperkenan oleh DYMM Agong.

Ketua Hakim Negara adalah jawatan tertinggi dalam Kehakiman. Untuk menjadi Ketua Hakim Negara, dia mestilah terlebih dahulu menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan pula ialah Mahkamah yang tertinggi di Malaysia selepas Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (Magistret dan Sesyen). 

Selepas Mahkamah Tinggi, kesemua kes yang didengar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mesti didengar oleh sekurang-kurangnya 3 orang hakim. 

Kalau kita kalah kes di Mahkamah Tinggi, umumnya, kita berhak untuk merayu di Mahkamah Rayuan. Tetapi kalau kita kalah kes di Mahkamah Rayuan, kita belum tentu mempunyai hak untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. 

Sebelum dapat merayu di Mahkamah Persekutuan, ada satu “stage” yang kita perlu lepas terlebih dahulu iaitu peringkat Kebenaran atau “leave stage”. Nak lepas “leave stage”, kita perlu lepas “threshold” atau “test” untuk “leave stage” dulu. “Leave stage” akan didengar oleh 3 orang hakim Mahkamah Persekutuan. Jadi kita perlu yakinkan 3 hakim tersebut bahawa kita telah memenuhi “test” dan “threshold” tersebut. Kalau 3 hakim tersebut putuskan kita gagal memenuhi “test” untuk “leave stage”, kita habis di situ saja. Balik angkat beg. Maknanya, kita tidak dapat “green light” untuk kes kita didengar lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan. 

Sehingga kita melepasi “leave stage” barulah kes kita akan didengar oleh para hakim di Mahkamah Persekutuan. Maksudnya, nak masuk Mahkamah Persekutuan bukan mudah. Bukan semua kes layak didengar di Mahkamah Persekutuan. Hanya kes yang betul-betul ada merit sahaja yang layak untuk didengar di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan adalah sangat eksklusif. Di Mahkamah Persekutuan, kes kita akan didengar oleh 3 ke 5 orang Hakim. Kadang-kadang boleh lebih sampai ke 7 orang Hakim, bergantung kepada kes. 

Para Hakim tidak membuat keputusan berdasarkan emosi, logik, andaian dan prasangka. Mereka adalah “the servant of the law” atau “the protector of the law”. Sebab itu kalau mereka mempunyai apa-apa hubungan kekeluargaan, perniagaan etc terhadap satu-satu kes yang mereka akan dengar, mereka sewajarnya mengundur diri (“recuse himself”) atau diminta untuk mengundur diri kerana dibimbangi keputusan yang bakal dibuat akan dipengaruhi oleh emosi etc. Hakim mesti membuat keputusan berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang dibentangkan di depan mereka sahaja. Fakta dan keterangan tersebut pula akan dinilai dan ditafsirkan mengikut prinsip undang-undang ataupun “rules of law”.   Apa-apa pandangan para Hakim diluar dari neraca undang-undang atau “rules of law” hanya akan dianggap sebagai “Obiter Dicta” yang tidak mempunyai kesan mengikat ataupun “binding effect” kepada undang-undang. 

Mana-mana keputusan yang dibuat tidak mengikut “rules of law”, keputusan tersebut boleh dirayu (“appeal”) atau dikaji semula (“review”). Hatta Mahkamah Persekutuan sekalipun, keputusan mereka boleh dikaji semula juga.  

Ketua Hakim Negara yang disandang oleh Yang Amat Arif Tan Sri Richard Malanjum hanyalah sebuah penjawatan. Namun beliau tidak mempunyai kuasa Veto ke atas Hakim-hakim yang lain. Setiap orang Hakim bebas di dalam membuat keputusan. Beliau tidak boleh mencampuri mana-mana kes yang tidak beliau dengar. Hanya Hakim yang mendengar kes tersebut saja yang berhak membuat keputusan terhadap kes itu. Hatta di dalam kes yang beliau sendiri dengar bersama hakim-hakim yang lain, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memaksa hakim-hakim itu mengikut keputusan beliau. Jadi, kadang-kadang kita tengok keputusan boleh jadi “unanimous” atau sebulat suara. Tetapi kadang-kadang ada juga keputusan jadi 3-2 atau 4-1. Kalau keputusannya 5-0, biasanya Alasan Penghakiman akan disediakan oleh seorang hakim saja dan yang lain “conquer”. Tetapi kalau jadi 3-2 atau 4-1, yang tidak bersetuju dengan keputusan majoriti akan/boleh mengemukakan “ratio decidendi” mereka melalui “dissenting judgment”.

Jadi jangan bimbanglah YAA Tan Sri Richard Malanjum jadi Ketua Hakim Negara. 

Congratulation to Tan Sri Richard Malanjum for Your Lordship appointment as Chief Justice of Malaya.

TS Muhyiddin jangan dapat nasihat daripada penjahat.

TSMY, saya tahu bahawa Tan Sri dalam program atau dalam usaha bagi membaik pulih PDRM. Malangnya TSMY, Tan Sri hanya mendapatkan nasihat dari penjahat2 yang masih ada di PDRM. Kesannya? Mereka hanya nasihatkan Tan Sri supaya merombak atau membubarkan pasukan2 'task force' yang sedia ada seperti STAGG, STAFOC, STING dan beberapa unit khas lagi. 

Sedangkan TSMY...Apa yang Tan Sri perlu lakukan adalah menukar segera pucuk pimpinan PDRM termasuk Ketua2 Polis Negeri dan semua OCPD-OCPD. Hampir 90% daripada mereka adalah balaci Najib. Naik pangkat kerana menyokong Najib dan UMNO. Tetapi, Kenapa perlu di bubarkan STAFOC?....Setuju jika STAGG dan STING yang di rombak tetapi Kenapa hanya pembubaran unit tetapi tidak kepada Ketua2 Jabatan PDRM yang bermasalah?.

Sebab itulah...masalah ini tidak akan selesai dan akan terus melanda PDRM serta Politik negara. Apa sebabnya? Sebabnya, balaci2 UMNO dan Najib masih berlegar-legar tanpa takut dan suara mereka di dengar bak Dewa dari kayangan.

TSMY.....Kamu tak perlu dengar sebarang penjelasan, penerangan, cadangan atau permintaan dari mana2 Ketua jabatan di dalam PDRM kerana mereka tidak sesekali akan menyatakan tentang kebenaran. Sepatutnya, anda TSMY mendengar suara2 rakyat di bawah atau mana2 bekas anggota2 atau Pegawai2 Polis yang di aniayai atau teraniaya oleh pimpinan tertinggi PDRM. Mereka di ambil tindakan dalaman atau kehilangan pekerjaan hanya kerana mereka mempertahankan prinsip undang2 dan Rakyat. 

Tan Sri tidak tahu ker?
-Sumber FB.

Kena hati-hati YB Bukit Gantang lompat parti.

Aku harap org-org PH berhati-hatilah dgn YB lompat parti ni.

Macam dia ni, tentu ada kepentingan projeknya. Dia ada syarikat bernama PHREC yg sedang usahakan 31 projek Mini Hydro di Perak yg bernilai RM 2.92 bilion yang sekarang ianya tertangguh disebabkan bantahan orang Asli & NGO Alam Sekitar. Tentu tali nyawa projeknya perlu disambung balik dengan menyatakan sokongan kpd kerajaan sedia ada

Selain itu, antara projeknya ialah kontrak perkhidmatan katering ATM bernilai RM1.4 bilion, perkhidmatan peserta PLKN-RM300 juta, klinik mobil 1Malaysia-RM1.17 bilion dan perkhidmatan bas UPM-RM490.4 juta (1)

Ini tak masuk lagi YB lompat yang jadi penasihat MB Perak sekarang ni, yg kami pernah lawan dgn Zambry dulu dalam pemansuhan lebih 600 hektar Hutan Simpan Chikus utk ‘cuci mangkuk’ bagi mendapatkan balak Meranti Tembaga

Ini semua motif politikal-ekonomi la, bukannya perjuangan sangat.

We are voting for you to reform the system, not for corruptor to be in place again.

(1) http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/bn-perak-lahirkan-seorang-lagi-syed-mokhtar-1.278156
-sumber FB Hafizudin Nasarudin.