Terkini

Ombak tsunami Jepun melanda Pantai Cahaya Bulan,Kelantan.

Foto di ambil pada hari Sabtu ,pada waktu petang pada pukul 4.45 petang melalui telefon bimbit.Jika kita ada iphone 4 mungkin lebih jelas gambar ombak kesan Tsunami Jepun.
Isteri penulis melarang anak-anak mandi di Pantai Cahaya Bulan."Ombak kuat,kesan tsunami Jepun"Foto diambil melalui telefon bimbit kita.Kalau kita ada iphone 4 mungkin lebih jelas lagi.

Foto diambil melalui telefon bimbit kita.Hendak ambil gambar ombak bergulung tak sempat.

Mungkinkah gelombang tsunami dari Lautan Pasifik juga sampai ke Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan dan Terengganu yang berada di Laut China Selatan pada hari Jumaat ,11 Mac. ?

Kita bermula cuti sekolah pergi ke Terengganu dan Kelantan. Hari Jumaat hujan berterusan di Terengganu. Cadang kita ingin berjalan-jalan di Trengganu.Hujan sepanjang hari menghalang kita untuk bersiar-siar Kita mendapat maklumat laut Cina Selatan dekat Marang ombak tinggi sehingga sampai jelas kelihatan dari jalanraya ,pinggir pantai Terengganu.


Jika Pulau Hawai i tinggi gelombang berbeza-beza, dari 48 cm sampai 1.8 m dan tidak memberi impak besar. Gelombang paling tinggi dilaporkan menghentam wilayah Kahului, Maui, dengan ketinggian sekitar 1.8m.

Menurut tulisan dalam blog ek-ele Pulau Hawaii yang jaraknya sekitar 6.500 kilometer termasuk wilayah yang berpotensi terancam tsunami di Jepun kerana berhadapan lautan. Siren amaran bahaya tsunami telah dibunyikan setiap jam di Hawaii sebagai peringatan setelah gempa berukuran 9.0 skala Richter menggegarkan Jepun.

0 Response to "Ombak tsunami Jepun melanda Pantai Cahaya Bulan,Kelantan."

Post a Comment