Terkini

UMNO ingin halau DS Nizar dari Bukit Gantang dalam PRU 13.

Kita diberitahu UMNO Bukit Gantang kini menyerang DS Nizar dalam siri penerangan mereka.Kini setiap minggu UMNO menggempur tempat yang kita Pas pernah mengadakan siri penerangan.

Semua penceramah itu senada sahaja.Mereka meminta pengundi menghalau DS Nizar dari Parlimen Bukit Gantang.

Sumber maklumat memberitahu mereka kini tiada isu.Mereka hanya menimbulkan perkara yang telah dijawab DS Nizar.

Isu harga barang naik tidak diulas.Isu kegagalan YB Rosli Husein mengurangkan masalah kemiskinan rakyat di DUN Trong senyap sahaja.

Isu tanah dan setinggan dalam Parlimen Bukit Gantang selama 53 tahun merdeka UMNO bisu sebisunya.

Petugas PR perlu men"nyahkan UMNO ".Biar mereka kecundang di Parlimen dan 3 Dun dalam PRU 13 nanti. Ayuh kita halau UMNO dari wakil kita di Bukit Gantang dalam PRU 13. Janji kita terus bekerja.

0 Response to "UMNO ingin halau DS Nizar dari Bukit Gantang dalam PRU 13."

Post a Comment